15 hari lagi menanti saat derita dan pedih dikandang orang kena tuduh. Kali ini peluang untuk menang tipis. Tidak ruang untuk menidakkan tuduhan kerana ada prima facie.
Kerisauan telah terdedah dan ditunjukkan dikalangan ahli keluarga dan penyokongnya. Kita tengoklah sama ada dia nak lari ke Turki atau USA. Kalau dia lari dan enggan hadir ke mahkamah maka parti ahli PKR akan meninggalkan perjuangan mereka. Pkr akan berkubur dalam masa yang terdekat ini.
Kes ini akan dilengah-lengahkan dan anwar juga akan menganjurkan satu lagi demontrasi jalanan untuk mengalihkan dan menarik sokongan kepadanya. Kali terakhir ialah perarakan haram menentang PPSMI dimana watak utama ialah Datuk Hasan DBP dan Datuk Samad Said Gapena yang telah diperkuda oleh Anwar.
Hairan kenapa dalam kongres khas Pkr di Nilai tidak ada satu anugerah khas kepada mereka berdua , sebaliknya Pas pula yang telah mengiktiraf pembabitan mereka dalam agenda PR. Adakah Anwar telah memberi hadiah atau sumbangan kepada Pas untuk 2 individu yang lupa daratan tersebut?
Bijak-bijak Anwar, orang tak marah kepada Pkr lah sebaliknya marah kepada Hadi Awang kerana memberi anugerah tersebut.
Taipingmali ingin tahu daripada Pas, masih sayangkah mereka kepada Kamaruddin Jaafar?