
Kesan tetakan parang tersebut boleh membawa maut jika kena tepat dibahagian atas kepala. kesan diatas juga mampu menunjukkan jenis parang yang digunakan dalam serangan tersebut.
Semalam ada sahabat dari Ipoh yang takut untuk berkunjung ke Taiping untuk menghadiri majlis kenduri dan Taipingmali berpesan kepadanya bahawa keadaan di Kamunting adalah terkawal. Polis sentiasa memastikan keadaan selamat dan tenteram sepanjang masa.
Pesanan Taipingmali kepada remaja-remaja supaya menjauhkan diri dari sebarang konflik dan lebih baik berada di dalam rumah di waktu malam daripada berpeleseran tanpa haluan.