Isnin, 1 Jun 2009
Bohong tetap bohong. Itu lah Anwar.,
Mana ada peti undi dikira di tempat lain. Di mana undi dibuang di situ undi dikira.
Borang 14 adalah bukti nyata keputusan undi. dan diberikan kepada setiap wakil calon di setiap saluran. DI ceramah PKR di Bukit Gantang pun cerita yang sama dibawa oleh PKR.
Kononnya selepas selesai pengiraan undi dan semasa peti undi dibawa ke tempat pengumuman maka peti akan ditukar dan BN diisytiharkan menang walaupun semasa mengira tadi BN kalah. Memang lawak murahan. Tak masuk akal langsung. Itu pun penyokongnya boleh percaya.
Bila masa pulak Umno Perak buat bantahan bantahan di mahkamah persekutuan untuk membatalkan persidangan bawah pokok?