Tembelang Pas makin terserlah. Nik Aziz semakin marah dengan Nasharuddin dan Hadi Awang. Cukup marah, macam singa tua Afrika yang tak ada taring rupanya bila Nik Ajiz marah.
Cikgu Pa pun sama , amat sayang akan Pkr dan Dap lebih dari segala-galanya.Kenapa ya?Jika kita renung kembali dua PRK yang dimenangi oleh Pas kita boleh mengangak jawapannya.
Pas bukan lah sebuah parti yang mewah dan kaya. Sebelum sebelum ini pun poket mereka sentiasa kosong. Untuk menampung segala urusan dan perbelanjaan pilihanraya mereka terpaksa menadah kain untuk mengutip derma jihad.
Perubahan yang ketara dapat dilihat selepas Pas kalah teruk dalam Pru 11. Tiba-tiba mereka menjadi kaya dan mewah. Datang dari mana ? dari kerajaan langit? Tak mungkin. Duit dari hasil balak Gua Musang mungkin? Atau dari mana?
Jika dilihat dalam 2 PRK baru-baru ini kita rasa pelik dan hairan. Jentera Pas dari dari pelbagai sudut dan kampung dari seluruh negeri. Mereka tidak membawa apa-apa. hanya bawa badan dan nyawa sahaja. Penginapan dan makanan tidak menjadi soal. Di mana-mana sahaja ada makan dan ada yang sudi menaja bil di restoran dan warung. Berpuluh ribu ringgit dibelanjakan sehari.
Adakah kerana ini Nik Aziz amat terhutang budi dengan Dap dan Pkr. mungkin Lim Kita Siang kata "wa gosok belakang lu, lu gosok belakang wa , kita abang adik sikalang."