Dalam Parlimen baru-baru ini Datuk Dr Latiff Timbalan Menteri telah bercakap mengenai 5o ribu penyertaan baru. Taipingmali(TM) mempunyai seorang rakan dalam wataniah berpangkat Kapten dan timbalan ketua di sebuah jabatan kerajaana, beliau menyatakan kerisauan tentang kurangnya minat orang melayu untuk menyertai pasukan sukarela ini berbanding kaum lain.
Saranan kerajaan adalah tepat dengan keadaan semasa, TM menyerulah kepada generasi muda agar memberanikan diri untuk mendaftarkan diri di peringkat daerah masing. Tak perlu risau. kerana ia bukan mengikat tuan-tuan dan puan-puan sepanjang masa. Jika tak mampu aktif untuk 5 atau 10 tahun setakat setahun dua pun ok dah. Sekurang-kurangnya dihulurkan M16 kita tahu bagaimana menggunakannya. Jika tersesat di dalam hutan , kita tahu untuk berikhtiar untuk hidup dan menyelamatkan diri.
Pelik bila Pakatan Rakyat risau akan rancangan kerajaan ini, kononnya ia akan menambahkan undi pos yang memihak kepada kerajaan BN. Ternyata mereka tidak faham akan konsep sebuah negara khususnya negara Islam. Nabi besar kita juga mengutamakan tentera malah panglima perang baginda pun seorang pemuda belasan tahun.
Oleh itu TM menyeru agar lebih ramai melayu yang muda remaja atau sudah berumah tangga dan berusia dibawah 40 tahun atau 45 tahun (betulkan jika silap) supaya sama-sama menyertai pasukan ini. TM tidak boleh menyertai pasukan ini kerana telah menyertai satu pasukan lain sejak awal 90an lagi. Yang pasti ia bukan pasukan yang kena cekup baru -baru ini.