Muktamar Pas kali ini akan menentukan hala tuju Pas untuk beberapa tahun lagi. Ke kiri Erdogan dan ke kanan 'Ulamak', mana satu nak ikut , mana satu nak pilih? Tapi nak pilih ulamak macam mana , sebab awal-awal sudah kena cas keting.
Beberapa tahun kebelakangan ini kita telah saksikan orang-orang yang bergelar Ustaz sudah dipinggirkan daripada barisan depan. mereka di tolak ke belakang oleh satu kumpulan baru tajaan orang luar. (Permainan catur).
Paling menarik ialah kata-kata Mat Iraq. Pas ke arah kerajaan perpaduan. Ini mestilah khusus untuk negeri yang dipegang oleh Pas iaitu Kelantan dan Kedah. Kerajaan Perpaduan ialah slogan baru untuk menutup kegagalan Kerajaan Berkebajikan.
Muktamar sekali lagi apa pula slogan Pas? Sama-sama kita tunggu dan lihat siapa yang menang.