Sabtu, 6 Jun 2009

Tahniah Pas dan Barisan Pemimpin Barunya (Klik)

Kalah juga Husam Musa kepada Nasharudin Mat Isa menang dan sudah pasti ia satu halangan buat Un-war. Mampukah Un-war mendampingi Nasharudin sebagaimana Husam.

Kemenangan ini juga bererti kemenangan kepada Hadi Awang dan kekalahan kepada ayam didik Nik Aziz.

Tahniah juga kepada Naib Presiden baru iaitu Salahudin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar.

Kepada yang kalah jawatan Naib Presiden iaitu Mujahid Yusof Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah, jangan berputus asa. cuba lagi 2011. Kepada Mat Sabu lepas ini boleh tulis sajak baru bertajuk " Aku Kalah dalam Kemenangan"

Persoalan di sini ialah apakah punca kekalahan Husam Musa? Jawapannya mudah sahaja iaitu 'Senjata Makan Tuan'. Husam lebih banyak menguasai media It berbanding Nasharudin. Dalam youtube contohnya Husam lebih banyak menguasainya berbanding Nasharuddin.

Kemenangan Nasha mengekalkan kerusi Timbalan Presiden Pas juga dilihat sebagai ancaman kepada setengah golongan di dalam Pas. Ada yang cuba menunjukkan jalan keluar kepadanya supaya menyertai Umno. Hari ini Hadi Awang dan Nasha boleh tidur lena dan akan mencorakkan semula agenda Pas sehingga 2011. Macam-macam boleh berlaku, lihat saja. Nasharuddin juga pernah dilabelkan oleh Pas sebagai 'musang berbulu ayam'.

Husam pula bila bercakap suka bohong dan dengan muka selamba kering saja seolah-olah apa yang dicakapnya adalah benar dan fakta belaka, padahal semuanya auta. Sebagai contoh bila dia menipu rakyat Kelantan kononnya negeri itu mempunyai simpanan gas yang banyak dan harga gas masak boleh dijual dibawah 4 ringgit. Nak tanya sikit, dah berapa ribu tong gas yang telah dikeluarkan?

p/s.

Sebentar tadi saya menerima sms menyatakan wujud penipuan dalam pengiraan undi untuk jawatan Timbalan Presiden Pas. Pada kiraan pertama Husam mengatasi Nasha tetapi tiba-tiba black out dan bilik kira undi menjadi gelap. Selepas elektrik pulih dan pengiraan semua , Husam kalah. Sah SPR dan TNB telah memihak dan membantu kepada Nasha. Hua Hua hua....