Gerakan ini juga pernah mengadakan sessi dialog bertajuk PPSMI Building or Destroying the Nation bertempat di UIAM ( kenapa tajuk dialog ditulis dalam bahasa Inggeris? Juga berjaya (kata merekalah) mengadakan perarakan 100 ribu menuju ke Istana Negara pada 7 Mac 2009 lalu untuk menyerahkan momorendum.
Perkara 152 (1) dan 152(6) perlembagaan telah menjadi rujukan dalam usaha menentang PPSMI dengan alasan berikut;
- Pelaksanaan PPSMI adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan Seksyen 2 dan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan.
- Pelaksanaan PPSMI ini akan membunuh Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu dalam jangka masa yang panjang.
- Pelaksanaan PPSMI telah menggelapkan masa depan pelajar sekolah luar bandar dalam bidang sains dan teknologi.
- Kita menyokong sekuatnya pengajaran bahasa Inggeris sebagai suatu bahasa, tetapi tidak melalui mata pelajaran sains dan matematik.
Oleh yang demikian GMP harus berfikir sejenak mengenai isu bahasa di SRJK (T) dan SRJK (C).
GMP juga perlu mendesak semua sekolah Cina dan Tamil agar menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik. Ini penting kerana bila mana kanak-kanak ini memanjat ke sekolah menengah mereka akan belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.
Setakat ini di Malaysia hanya wujud sekolah menengah dan sekolah tinggi Cina tetapi tak pernah nampak sebuah pun sekolah menengah Tamil. Jadi apa perlunya Sains dan Matematik diajar di dua sekolah ini diajar dalam bahasa ibunda mereka.
Berbalik kepada jus soli. untuk memperoleh kerakyatan , semua kaum pendatang hendaklah boleh berbahasa Melayu dan memahami adat istiadat Melayu. Ini mungkin pada ketika itu. Hari ini generasi baru kaum pendatang dilihat sudah membelakangkan bahasa Melayu. Lihat sahaja Ahli Parlimen Pembangkang yang datang dari kaum pendatang. Tidak mahir lagi berbahasa Melayu. Sungguh memalukan,
Akhir kalam TM menyeru kepada GMP supaya turun padang sekali lagi dan mengadakan perhimpunan 1 juta rakyat dan menyerahkan satu memorandum kepada Agong agar MEMANSUHKAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA CINA DAN TAMIL DAN DIGANTIKAN DENGAN BAHASA MELAYU DEMI ARTIKEL 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.