Memaparkan catatan dengan label PPSMI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPSMI. Papar semua catatan

Sabtu, 3 September 2011

Pelbagai usaha Pas untuk menghina Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

beli lah satu, bukan mahal pun, 
Parti Pas dilihat sejak kebelakangan ini telah mencuba beberapa kali mencari kelemahan perlembagaan untuk menghina kerajaan atau lebih tetap lagi mengkritik Umno.


Pas pada peringkat awal cuba bermain isu agama, Pas menuduh Umno ingin mengkafirkan umat Islam dengan meletakkan syarat bahawa seorang anak hanya boleh diletakkan agamanya apabila berusia 18 tahun. Seorang bayi yang dilahirkan kedunia tak boleh diletakkan agama Islam dalam surat lahir atau kad pengenalannya.

Ini lah isu yang dimainkan oleh Pas dalam ceramah dan tazkirah mereka pada 2007 dahulu di setiap surau dan masjid.

Akhirnya Pas malu sendiri apabila pembohongan mereka diketahui tidak benar dan bercanggah dengan apa yang terdapat dalam perlembagaan.

Ulamak yang merangka draf perlembagaan awal-awal lagi telah meletakkan bahawa agama Islam adalah agama rasmi persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan oleh bangsa lain. Di tokok lagi bahawa agama lain tidak boleh atau cuba mengembangkan agama mereka kepada orang Melayu yang beragama Islam.

Menentukan agama juga hanya tertakluk kepada anak-anak bangsa dan agama lain, ia tidak terpakai kepada anak-anak orang Melayu yang beragama Islam.

Bab ini Pas kantoi dan malu sendiri.

Pas pernah buat bantahan mengenai PPSMI dan ia jelas menunjukkan Pas diperkudakayu atau diperbabikan oleh Dap.
agenda bodoh Pas
Pas mengusung keranda bertulis terhapusnya akta 152 perlembagaan persekutuan, kerana kecewa dengan kerajaan yang melaksanakan PPSMI. Pada hal program PPSMI sangat berjaya untuk meningkat kecenderungan dan kebolehan pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris.  Sekarang PPSMI dihapuskan. Padan muka Pas dan Dap. Siapa yang rugi?
penentang PPSMI

Pas berjaya mengheret A. Samad Said, Dato Dr. Hassan Ahmad, Prof. Ismail Hussein, Prof. Shahril Muhd Zain, Dinsman, Dr. Nik Safiah Karim, Ainon Muhamad, Dinsman, Bahasa Zain, Hasni Abas, Razali Endon dan ramai lagi maju ke depan bersama meneruskan perjuangan ini.

Akan datang kita akan lihat istilah sains kuno seperti 'maging, maun dan maserba' akan digunakan kembali bagi menggantikan bahasa Inggeris yang lebih tepat. 

Azmil Mustafa atau Ali Setan sekali lagi menjadi jurucakap Pas dalam memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan kononya Umno mengagongkan perlembagaan kafir Lord Reid dan menolak perlembagaan Allah. 

Pas berkata, negara sudah merdeka 54 tahun, komunis sudah tiada, tetapi kenapa masih ada lagi dasar penjajah dalam perlembagaan kita? Contohnya ISA, Ordinan Darurat, Akta Mesin Cetak dan banyak lagi. 

Jarum halus Pas sekali lagi dimainkan agar orang Melayu menentang perkara yang disebutkan di atas. Apa yang sebenar Pas utarakan di atas ialah agenda PKM dan bila perkara-perkara tersebut dihapuskan senanglah mereka mengganas kembali kerana terhapusnya tiga empat perkara di atas.

Pas menuduh Umno menggunakan perlembagaan kafir atau penjajah juga telah disangkal. Pas malu kerana Perlembagaan negara dibuat dan ditulis oleh alim ulamak yang hebat ketika itu. cerdik pandai melayu telah membuat perlembagaan dan diserahkan kepada pegerusinya iaitu Lord Reid untuk menulis kembali dalam bahasa perundangan dengan dibantu oleh dua hakim Islam yang terkenal dari India dan Pakistan.

Pas harus ingat British yang menjajah kita pun tidak mempunyai perlembagaan bertulis, sedangkan kita sebuah negara Tanah Melayu yang akan merdeka pada 1957 telah berusaha untuk membuat sebuah perlembagaan persekutuan secara bertulis.  Oleh itu tuduhan Pas bahawa perlembagaan kita adalah perlembagaan kafir ternyata salah.

Kita tunggu selepas ini apa yang nak dikorek oleh Pas dalam mencari kesalahan dan kelemahan kerajaan terhadap Perlembagan Persekutuan Tanah Melayu. 

Sabtu, 1 Ogos 2009

Keputusan profesional penuh justifikasi

Arkib



KEPUTUSAN yang ditunggu-tunggu penuh debaran oleh rakyat Malaysia tiba juga Rabu lepas. Akhirnya, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan muktamad kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Ada yang gembira, ada yang tak puas hati dan ada juga yang masih mengambil sikap tunggu dan lihat. Paling menarik barangkali, di sebalik gambaran 'penolakan seratus peratus rakyat terhadap dasar PPSMI' sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang, ada juga beberapa bancian bebas yang dilaksanakan oleh beberapa blog popular membuktikan sebaliknya.

Hakikatnya, jika keputusan bancian anjuran blog bebas masih memihak kepada cadangan supaya PPSMI diteruskan sekali pun, keputusan tersebut masih boleh dipersoalkan.

Menurut perangkaan 2008 yang dikumpulkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pengguna Internet berdaftar di rumah adalah 85 peratus tertumpu di kawasan bandar dan hanya 15 peratus di kawasan luar bandar.

Statistik ini jelas menunjukkan bahawa taburan pengguna Internet yang diambil sebagai 'sampel' bancian tersebut hanya tertumpu kepada kelompok rakyat di dalam bandar yang aktif berinternet, manakala pandangan dan undian keseluruhan rakyat luar bandar belum diambil kira dan pasti dipinggirkan.

Secara kesimpulannya, tidak kira sama ada undi pelbagai bancian di atas benar-benar boleh dipercayai atau tidak, keputusan akhir ke atas dasar PPSMI ternyata ada 'peminat' yang tersendiri!

Kerajaan bukanlah tidak mencuba untuk meneruskan dasar PPSMI. Bagaimanapun, hasil pelbagai kajian ilmiah bebas seawal 2004 yang dianjurkan oleh pelbagai institusi dan organisasi berkaitan serta data statistik yang dikumpulkan oleh Kementerian Pelajaran mengenai keputusan pelajar dan kemampuan guru terhadap PPSMI tidak condong kepada penerusan dasar PPSMI. Ini sekali gus 'memaksa' kerajaan bertekad kepada keputusan pemansuhan.

Menyedari hasrat dan falsafah dasar PPSMI, kerajaan di peringkat awal tidak pernah putus asa untuk meneruskan dasar tersebut. Buktinya adalah melalui pelaburan ratusan juta ringgit ke atas usaha memperkasakan pengetahuan serta kebolehan guru dalam kedua-dua subjek berkenaan melalui pelbagai kursus dan latihan. Penggunaan teknik-teknik pengajaran yang terbaik juga telah diguna pakai. Namun, tiada perubahan ketara dapat dilihat.

Pelajar Melayu akan terus kecundang, keyakinan diri terbantut dan terus menganggur

Statistik Kementerian Pelajaran juga menunjukkan bahawa guru-guru PPSMI tidak mampu mengajar Sains dan Matematik seratus peratus dalam bahasa Inggeris malah dicampuradukkan dengan bahasa Melayu semasa mengajar dua subjek tersebut. Senario ini tidak berlaku di sekolah-sekolah kebangsaan Cina dan Tamil kerana kedua-dua subjek tersebut diajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Yang menjadi mangsa adalah para pelajar Melayu yang semakin keliru, memperolehi keputusan peperiksaan yang terus menjunam sehingga mengakibatkan keyakinan diri terbantut. Kurang keyakinan diri inilah punca sebenar mengapa pelajar Melayu terus menganggur.

Untuk dikatakan dasar PPSMI telah gagal rasanya tidak juga. Lebih tepat barang kali kalau dikatakan ia kurang berjaya mencapai sasaran yang diingini. Bagi saya sendiri, PPSMI bukanlah tidak baik. Hasratnya, murni.

Namun demikian, menurut statistik sahih kajian Kementerian Pelajaran jelas membuktikan guru-guru belum bersedia sepenuhnya dan sebilangan pelajar luar bandar ada kekangan. Jika PPSMI diteruskan juga, kita menghadapi kekesalan berpanjangan kerana sejumlah besar anak-anak kampung yang cerdik tetapi ada kekangan pemahaman bahasa Inggeris akan menjadi korban nanti. Sanggupkah kita?

Syukurlah hikmah di sebalik pelaksanaan dasar kontroversi ini sekurang-kurangnya telah meningkatkan kesedaran akan pentingnya penguasaan bahasa Inggeris. Inilah natijah dan nawaitu asal PPSMI sewaktu perencanaannya diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu.

Melalui transformasi sistem pendidikan Malaysia yang dirancang oleh Kementerian Pelajaran ketika ini, ia akan tetap dapat memurnikan hasrat Tun Dr. Mahathir itu dengan kaedah memperkasakan pembelajaran bahasa Inggeris melalui 12 langkah yang diutarakan oleh Muhyiddin. Saya amat setuju agar bahasa Inggeris sepatutnya diperkasakan dahulu sebelum subjek Matematik dan Sains diajar dalam bahasa tersebut.

Saya berharap sangat jika silibus baru disusun supaya pelbagai jargon teknologi dan sains dapat diterapkan dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Begitu juga dengan subjek Geografi hari ini yang hanya fokus terhadap ilmu alam Malaysia sahaja.

Saya yakin para pelajar akan lebih tertarik jika mereka dihidangkan dengan Geografi dunia sebagai salah satu silibus dalam subjek bahasa Inggeris. Dengan silibus tersebut, ia bukan sahaja seiring dengan pendekatan saluran National Geographic dan Discovery tetapi juga memupuk pemikiran generasi muda Malaysia untuk berbahasa Inggeris apabila mereka menjelajahi dunia suatu hari nanti.

Dalam perihal memartabatkan bahasa Melayu, iltizam Kementerian Pelajaran memperkasakan pembelajaran bahasa Melayu seharusnya telah menjawab tuduhan beberapa pihak yang mendakwa kerajaan tidak sensitif dengan nasib bahasa kebangsaan. Apatah lagi sekarang, dalam modul transformasi pendidikan ini, Muhyiddin telah mengangkat semula martabat bahasa Melayu menjadi bahasa ilmiah untuk memacu kemajuan ketamadunan Melayu masa hadapan.

Suka saya katakan, keputusan kerajaan sudah pun win-win (menang-menang) bagi semua pihak. Objektif murni PPSMI bakal diusahakan secara terbaik sementara bahasa Melayu pula akan terus dimartabatkan.

Sekalipun usaha menjurus kepada keputusan terhadap PPSMI telah dibuat, usaha untuk memperjelaskan falsafah di belakang transformasi pelajaran perlu dibuat secara crystal clear (sejelas mungkin).

Rakyat hari ini semakin peka terhadap hal ehwal semasa dan sentiasa mahukan penjelasan konkrit. Ingatlah, pihak pembangkang pula tidak pernah lelah mencari 'peluru' untuk mengelirukan rakyat daripada fakta sebenar.

Setiap keputusan perlukan penilaian profesional, penjelasan dan justifikasi rasional. Kalau ia demi kebaikan, rakyat tentu boleh menerimanya biarpun mungkin mengambil sedikit masa.

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)

Isnin, 13 Julai 2009

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

Gerakan yang dipimpin oleh Datuk Dr Hasan Ahmad, Prof Dr Shahrir Mad Zain, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan dan ramai lagi seperti Gapena (Datuk A Samad Said) boleh berbangga dengan keputusan kerajaan khususnya bila TPM selaku Menteri Pelajaran telah memutuskan untuk tidak meneruskan PPSMI.

Gerakan ini juga pernah mengadakan sessi dialog bertajuk PPSMI Building or Destroying the Nation bertempat di UIAM ( kenapa tajuk dialog ditulis dalam bahasa Inggeris? Juga berjaya (kata merekalah) mengadakan perarakan 100 ribu menuju ke Istana Negara pada 7 Mac 2009 lalu untuk menyerahkan momorendum.

Perkara 152 (1) dan 152(6) perlembagaan telah menjadi rujukan dalam usaha menentang PPSMI dengan alasan berikut;

  1. Pelaksanaan PPSMI adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan Seksyen 2 dan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan.
  2. Pelaksanaan PPSMI ini akan membunuh Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu dalam jangka masa yang panjang.
  3. Pelaksanaan PPSMI telah menggelapkan masa depan pelajar sekolah luar bandar dalam bidang sains dan teknologi.
  4. Kita menyokong sekuatnya pengajaran bahasa Inggeris sebagai suatu bahasa, tetapi tidak melalui mata pelajaran sains dan matematik.
Persoalan TM ialah, jika PPSMI membunuh Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu dalam jangka panjang, BAGAIMANA PULA DENGAN PENGGUNAAN BAHASA CINA DAN TAMIL DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DI SRJK (T) DAN SRJK (C)?

Oleh yang demikian GMP harus berfikir sejenak mengenai isu bahasa di SRJK (T) dan SRJK (C).

GMP juga perlu mendesak semua sekolah Cina dan Tamil agar menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik. Ini penting kerana bila mana kanak-kanak ini memanjat ke sekolah menengah mereka akan belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.

Setakat ini di Malaysia hanya wujud sekolah menengah dan sekolah tinggi Cina tetapi tak pernah nampak sebuah pun sekolah menengah Tamil. Jadi apa perlunya Sains dan Matematik diajar di dua sekolah ini diajar dalam bahasa ibunda mereka.

Berbalik kepada jus soli. untuk memperoleh kerakyatan , semua kaum pendatang hendaklah boleh berbahasa Melayu dan memahami adat istiadat Melayu. Ini mungkin pada ketika itu. Hari ini generasi baru kaum pendatang dilihat sudah membelakangkan bahasa Melayu. Lihat sahaja Ahli Parlimen Pembangkang yang datang dari kaum pendatang. Tidak mahir lagi berbahasa Melayu. Sungguh memalukan,

Akhir kalam TM menyeru kepada GMP supaya turun padang sekali lagi dan mengadakan perhimpunan 1 juta rakyat dan menyerahkan satu memorandum kepada Agong agar MEMANSUHKAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA CINA DAN TAMIL DAN DIGANTIKAN DENGAN BAHASA MELAYU DEMI ARTIKEL 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Jumaat, 10 Julai 2009

PPSMI tutup buku

Kerajaan telah menunaikan kehendak rakyat. Mereka tak setuju dengan PPSMI. Ok, no problem. Mansuhkan. tapi siapa yang rugi? melayu jugak. Satu badan pemikir pendidikan Cina telah menyambut baik penghapusan ini dan dia mahu ia disegerakan secepat mungkin.

C'mon man, nak mansuh tak jadi masalah. nak buat cepat-cepat buat apa. biarlah selesaikan yang ada atau tunggulah edahnya. Samping itu masa yang diberi 3 tahun. membolehkan isu ini dibincangkan semula oleh rakyat pro dan kontra PPSMI dihapuskan. Mungkin akan ada suara pula meminta agar ia diteruskan.

TM mengesyorkan agar diwujudkan dua aliran seperti tahun-tahun 60an dan 70an, ia itu aliran melayu dan satu lagi aliran inggeris. Kita lihat pula trend mana yang menjadi pilihan.

Kegagalan PPSMI banyak dipengaruhi oleh guru. Guru-guru melayu khususnya tidak berminat untuk membaiki bahasa inggeris mereka sebaliknya lebih berminat membeli kereta baru. Elaun 10 peratus jika dicampur dengan elaun isteri( jika isteri cikgu) sudah cukup untuk membayar ansuran kereta baru.

Bukan sahaja guru-guru PPSMI yang kurang mahir bahasa Melayu malah guru bahasa Inggeris juga kurang mahir. Adakah patut dalam pengajaran Bahasa Inggeris sendiri . guru tersebut lebih banyak menggunakan bahasa Melayu. Ini kisah benar, bukan tokok tambah. wujud juga guru yang terlalu bijak BI hingga boleh menampah perkataan BI seperti put menjadi putted.

TM menasihatkan kepada anak-anak, jika mahu berjaya kena rajin belajar BI, kuasai BI 200 peratus sehingga menjadi lebih baik dari orang Inggeris sendiri.

Anak-anak kecil yang lebih cenderung menonto tv satelit didapati lebih bijak menggunakan BI dalam perbualan harian, jika kanak-kanak zaman dahulu menjadi komik-komik CBU sebagai bahan bacaan , hari ini tv mengambil alih.

Teringat masa kecil-kecil selalu lepak dikedai buku untuk baca majalah kartun atau komik CBU. hari ni nak cari CKD pun payah.

Rabu, 8 Julai 2009

PKR melalak lagi.

  1. Nak tutup kes liwat pergi buka cerita banglo mewah Khir Toyo. Ini lah Pkr, rumah Khir tak lah sebesar mana dan tidaklah semahal mana jika dibanding kan dengan rumah agam kepunyaan Anwar sendiri,
  2. Satu lagi ialah untuk mengalih isu rumah sewa Lim Guan Eng di P.Pinang, tu jer motif nya.
  3. Mana pergi 5000 orang yang bersetuju untuk hadir memberi sokongan kepada Anwar di mahkamah tadi.
  4. Tak sampai beberapa jam sudah ada pihak yang mendabik dada kononnya merekalah yang membuatkan PPSMI yang dimansuhkan. PR sebenarnya cuba menangguk di air yang keruh, bila dia tahu bahawa PPSMI bermasalah maka mereka pun cepat-cepat mempolimikkan isu ini dengan membuat perhimpunan dan perarakan. Ini menunjukkan kebodohan PR. Mereka sudah dipilih oleh rakyat untuk bersuara di dewan parlimen, gunalah dengan betul. Ini masih seronok membawa isu ke jalan raya seperti yang dia lakukan tahun 60an lalu.
  5. Liwat? memang lah dia nak melewat-lewatkan. eloklah kalau dia mati cepat. Lagi lama hidup lagi susah orang lain.

Isnin, 6 Julai 2009

A.Samad Said masih diperkudakan oleh PR

Ingatkan Gerakan Mansuhkan PPSMI sudah tidur, rupa-rupanya masih gagah bertonggak dagu untuk mencari populariti murahan.

Majlis anti PPSMI tersebut telah diadakan dianjurkan oleh Keadilan Muar dan Ledang di Bandar Muar Johor baru-baru ini.

Tak perlu susah-susahlah A. Samad Said. PPSMI akan diganti baru oleh Mahyuddin. Tunggu saja mengumuman beliau.

Satu makanisme lain akan dilaksanakan oleh kementerian untuk memperkasakan kebolehan bahasa Inggeris di kalangan murid-murid melayu terutamanya di kampung-kampung. Budak bandar didapati tidak menghadapi masalah dalam bahasa Inggeris ini.

Jangan nanti bila keputusan PPSMI diumumkan oleh TPM maka Pakatan Rakyat akan mendabik dada kononnya itulah perjuangan mereka. NO WAY lah PR.

Sistem pendidikan sentiasa berubah-ubah. Jika tidak ada perubahana maknanya ia mati. sejak merdeka berbagai-bagai program pendidikan telah dilaksanakan oleh kementerian berdasarkan laporan-laporan kementerian seperti Penyata Barnes, Penyata Rahman Talib, Penyata Razak dan sebagainya.

Yang pastinya perubahan yang bakal diumumkan oleh kementerian mengenai PPSMI akan mengembirakan rakyat. tetapi ini adalah berdasarkan kajian kementerian. bukan kerana Anwar atau Pak Samad Said.

Khamis, 5 Jun 2008

SAINS DAN MATEMATIK MESTI DITERUSKAN

Ramai yang tidak bersetuju kedua-dua subjek tersebut dilaksanakan dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah dengan berbagai alasan.

Aku mengambil contoh apabila komputer dan telefon bimbit diperkenalkan di negara ini, hanya bahasa Inggeris menjadi bahasa utama untuk mengendalikan kedua alat tersebut. mahu atau tidak semua orang terpaksa belajar istilah-istilah bahasa komputer dan telefon. Hari ini kalau ada komputer dan telefon yang siap dengan aplikasi bahasa Melayu, kita lihat ramai akan menggunakan bahasa Inggeris dengan alasan lebih mudah dan senang di fahami.

Begitu juga dengan Sains dan Matematik, kita tidak akan nampak hasilnya jika ia merujuk kepada keputusan UPSR hujung tahun ini. Hasilnya akan dapat dinilai 20 atau 30 tahun akan datang. Apabila mereka pula mengambil alih tempat guru-guru yang terkial-kial mengajar mereka hari ini dalam Bahasa Inggeris.

Ini bukan salah guru, bukan mereka tak pandai Mat dan SC. cuma mereka tak dapat nak sampaikan dalam bahasa Inggeris dengan baik, itu sahaja. Ini disebabkan masa mereka bersekolah dahulu mereka diajar oleh guru-guru yang juga terkial-kial menggunakan bahasa Melayu, Rata-rata guru zaman dahulu adalah belajar dalam Bahasa Inggeris. Hari ini guru yang mengajar Sc dan Mat dalam bahasa Melayu tak ada masalah. tetapi bila PPSMI di perkenalkan maka ia menjadi satu beban kepada guru dan ibubapa.

Bebanan ini tidak timbul kepada guru-guru atau ibubapa yang bersekolah dalam aliran Inggeris dahulu. Sebab itu kalau kita lihat hasil keputusan kedua-dua subjek tersebut , anak-anak India, Cina dan sebahagian Melayu mencapai keputusan yang baik. Ini kerana Bahasa Inggeris juga menjadi bahasa percakapan di rumah.

Bagi anak-anak Melayu yang ibubapa mereka berpendidikan Melayu akan mengahadapi masalah, ibu bapa tak dapat membantu anak mereka di rumah.

Oleh itu elok diteruskan PPSMI kerana kita sudah banyak habis wang untuk melaksanakan program ini. seperti peribahasa melayu.,alang-alang mandi biar basah, menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan.