YB Hindraf ini teringin nak jadi melayu tu. Haru-biru otak dia. Sat tak suka Malaysia , la ni suka Malaysia pula sampai nak mohon taraf bumiputra.
Alkisah dikaunter JPN . Sepasang suami isteri dari keturunan India yang sudah menjadi Islam dan ingin menukar indentiti anak mereka menjadi melayu. Puas sudah pegawai JPN menerangkan bahawa ia tidak dibenarkan kerana ibubapa adalah keturunan india.
Mereka tetap berkeras untuk memelayukan anaknya sebab mereka sudah Islam.
Ramai juga India muslim yang dahulunya menggunakan s/o atau d/o hari in sudah menggunakan bin dan binti dan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa harian. Baguslah. mungkin YB ini nak jadi begini kut. Apa susah YB. You masuk Islam dan kawinlah dengan mana-mana melayu dan anak anda nanti boleh jadi bumiputra lah...