Saturday, August 1, 2009
DEMO - SASARAN 100 RIBU TERCAPAI
Beliau menganggarkan jumlah kehadiran demonstrasi yang menggesa ISA dimansuhkan itu sudah mendekati 100,000 orang, angka yang menjadi sasaran pihak penganjur.
"Kehadiran orang ramai pada hari ini, meskipun disekat pihak polis, menjadi saksi bahawa kemarahan rakyat terhadap akta zalim ISA tidak boleh dibendung lagi. Tiada pilihan buat kerajaan BN melainkan memansuhkan segera akta drakonian ini," tegasnya, disambut laungan takbir dan sorakan reformasi.
Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan berucap sama, antaranya Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Perarakan ke Dataran Merdeka dan Istana Negara dilihat sudah mengambil jalan alternatif, iaitu melalui Jalan Sultan Ismail, bukan lagi Jalan Tuanku Abdul Rahman yang kini menjadi medan untuak anggota FRU melepaskan gas pemedih mata.
Meskipun pihak polis mengerahkan kekuatan maksimum, melalui serangan gas pemedih mata dan pukulan belantan, untuk melumpuhkan semangat peserta himpunan aman, namun ia tidak berjaya mengendurkan semangat orang ramai bagi mendesak ISA dimansuhkan
Peserta demonstrasi terpaksa mencari perlindungan di sekitar bangunan kedai dan kompleks perniagaan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Beberapa kompleks membeli-belah utama seperti Sogo ditutup sepenuhnya.
Sebelum itu, ketika berucap kepada peserta himpunan, beberapa pimpinan muda Pakatan Rakyat seperti Salahudin Ayub, Tian Chua dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh mengecam pendekatan keras dan ganas pihak polis yang menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstrasi.
Mereka turut menuntut ISA dimansuhkan segara dan Kem Tahanan Kamunting ditutup. "Rakyat hari ini sudah menunjukkan protes dan amarah mereka terhadap akta yang memakan korban yang tidak berdosa ini," kata Salahudin.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah ditahan polis sebentar tadi. Naib Presiden Pas Mahfuz Omar, Adun Batu Buruk Syed Azman, Adun Kota Damansara Naser Hashim dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berada di Sogo. /Greenboc.blogspot
6 comments:
-
Buta-Tuli-Bisu...kenapakah mereka tidak fikirkan.Dimana akal? Dimana ulama? Dimana fatwa? Yang membantah dikatakan haram tapi perkara yang cuba dibantah halal pula, sedangkan yang dibantah bertentangan dengan naluri manusia!
-
TENGOK BERAPA CINTANYA RAKYAT MARHAEN PADA KEBEBASAN & ANTI AKTA ZALIM ZIONIS ISA ! RAKYAT SANGGUP KENA BELASAH HANYA KERANA MAHUKAN KETELUSAN,KEJUJURAN & KEADILAN TAPI DIMANA KAH BARUA-BARUA PECACAI UMNO/BN YANG KONON MENYOKONG AKTA DRAKONIAN ITU ? PENYOKONG AKTA ISA LAGI HINA DARI BABI & LAGI TERUK DARI H1NI !
ALLAHU AKBAR MOGA KEMENANGAN BAGI SEMUA PENCINTA ISLAM & PENENTANG AKTA ZALIM ! -
Mampus kau Najis.........
-
Jahanam UMNO, Jahanam BN, Ya ALLAH engkau hancurlah perancang pengebom Altantuya C4!!! "Belasah rakyat didahulukan, songlap duit negara diutamakan"...
-
pegi jahanam Najis serta banjingan Barisan Najis! kami rakyat sudah serik dan meluat!
-
sudah berjaya, tahniah. teruskan sehingga PRU 13, insya'allah akan berjaya. bergerak keseluruh pelusuk kampung