Sabtu, 1 Ogos 2009

Kerajaan Pas Kelantan tak perlu wang haram Petronas.

Bayaran royalti minyak RM1 bilion kepada Kelantan masih dalam kajian

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata isu pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Kelantan yang membuat tuntutan RM1 bilion, masih di peringkat kajian.

Beliau berkata kajian itu masih dijalankan Kerajaan Pusat kerana berlaku pertindihan kawasan di daerah operasi pelantar minyak itu.

"Royalti minyak masih dalam kajian kerajaan pusat. Bila hasil kajian selesai saya akan menghantar wakil untuk menyampaikan (hasil kajian) kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kota Baharu, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perbincangan antara beliau dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berlangsung selama 20 minit apabila beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, dekat sini hari ini.

Selain Nik Aziz, Najib dalam rangka lawatan kerjanya sehari ke Kelantan hari ini turut disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.

Nik Abdul Aziz sebelum ini telah menghantarkan surat kepada Perdana Menteri mengenai tuntutan bayaran royalti sebanyak 5 peratus daripada hasil petroleum dan gas cecair yang dijalankan di perairan Kelantan yang berjumlah RM1 bilion.

Kerajaan negeri membuat tuntutan itu pada tahun ini setelah mengetahui melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula daripada 2004 sehingga kini.

Najib berkata pada perjumpaan singkat dengan Nik Abdul Aziz itu, antara perkara lain yang dibangkitkan adalah cadangan membina pelabuhan di Tumpat, pembinaan 'fly-over' (persimpangan bertingkat ) dan sektor pelancongan.

Beliau berkata untuk pembinaan pelabuhan itu, adalah elok perkara itu dikaji di dalam projek-projek pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), manakala projek pembinaan 'fly-over' telahpun diluluskan cuma ada beberapa masalah perlu diselesaikan termasuk isu pembekalan bahan pembinaan.

Beliau juga berkata tiada sebarang dokumen rasmi daripada kerajaan negeri diserahkan kepadanya pada pertemuan hari ini dan beliau menyambut baik perbincangan yang tidak dirancang itu dengan Nik Abdul Aziz kerana ia titik permulaan kerjasama yang baik. - Bernama

ULASAN TM;

50 tahun kerajaan zalim BN menipu rakyat. Kerajaan BN gagal membangun kan negara. Rakyat hidup miskin, Pemimpin UMNO rasuah, membolot harta negara. Bn juga menindas rakyat jelata. Tak ingat lah. terlalu banyak sangat tohmahan yang dilemparkan kepada BN.

Hairan kenapa pula Kerajaan Pas Kelantan sibuk meminta wang dari kerajaan haram, kerajaan menipu dan menindas rakyat. Tak malu ke nak meminta sedekah. Tidakkah terasa jijik nak ambil duit itu.

Apakah sumbangan kerajaan Pas Kelantan terhadap industri minyak negara? Ku Li pula menyokong permintaan Pas supaya negeri Kelantan menerima royalti minyak. TM menolak sama sekali cadangan Ku Li. Kerajaan Pas ialah kerajaan pembangkang dan tidak layak menerima royalti. Cuba kaji balik dalam perjanjian jika ada.

Jika Pas dapat wang royalti TM takut duit di salah guna untuk kempen politik dan diciluk oleh pemimpin negeri untuk berkahwin (poligami) atau membeli kereta Merz dan Harrier atau Alphard baru. Rakyat Kelantan terus berada dalam keadaan daif.