Sabtu, 1 Ogos 2009

Pembangkang mula bertindak dan menyerang bloggers BPN

Baru-baru ini blogger Parpukari telah dipecahkan cermin sisi kanan keretanya. Ini kerana ParpuKari (PK) terlalu keras menulis tentang kejahatan pembangkang. Jeffry Dimensi (JD) juga telah menjadi sasaran dan sudah ada usaha penentangan terhadap beliau. Dalam dunia perperangan cyber hari ini wujud dua makhluk yang mengklon ID mereka sebagai PK dan JD yang bertujuan untuk memecahbelahkan kumpulan ini.

Hari sekali lagi Minag Jinggo (MJ) telah dicuri kameranya yang bernilai RM19K. Mungkin individu tersebut sudah memerhati lama setiap gerak geri MJ sebelum meragut kameranya. Entah berapa ribu ringgit pula ganjaran yang diperolehi hasil kejayaan misinya. TM yakin ada dalang yang mengupahnya.

Mulai sekarang bloggers BPN dan penyokong BPN hendaklah berwaspada. ID dan IP kita sentiasa menjadi sasaran mereka.

Kemungkinan juga bukannya dari puak-puak pembangkang, sesiapa sahaja boleh menjadi musuh kita dan dia berada bersama-sama kita, seperti kata pepatah melayu "musuh dalam kain selimut". Berhati-hatilah dalam pergerakan kita.