Selasa, 11 Ogos 2009

H2N2+H1N1+ N.11

25 Ogos 2009 Selasa akan merupakan tarikh keramat bagi pengundi N.11, Dalam mana yang sama negara dan dunia sedang berperang dengan H1N1. Harap sewaktu hari penamaan calon, kempen N11 dan hari mengundi, tidak ada siapa pun yang akan membawa bersama virus H1N1, atau pun B1N1.

Yang merisaukan ialah H2N2. Virus ini merupakan pengundi hantu yang selalu disebut-sebut oleh Pkr dan Pas. Kedua-dua kumpulan ini sering menuduh bahawa BN akan membawa pengundi hantu untuk memenangi PRK.

Tuduhan yang pelik dan ganjil. Setiap kali PRU atau PRK. parti-parti politik yang bertanding akan dibekalkan senarai nama pengundi yang terkini dan uptodate. Dari awal lagi mereka sudah mengetahui bahawa jumpa pengundi dan lokasi tempat tinggal pengundi. Untuk membuktikan bahawa mereka ialah pengundi hantu (H2N2) pergi lah siasat awal=awal. Jika terbukti benar maka laporkan kepada SUHAKAM , MAFRELL dan SPRM. Tetapi sejak mereka mewar-warkan H2N2 sampai sekarang mereka gagal membuktikan perkara ini. hanya satu momokan dan isu murahan mereka sahaja.

TM berharap kali ini tak perlulah dok sibuk-sibuk dengan H2N2.