Mengikut maklumat terbaru yang di keluarkan dari BNCC dalam PRK N11 pada 22 Ogos 09 terdapat 25 fakta yang menjelaskan Lim Guang Eng anti Melayu/Islam yang pada keseluruhan menyamai pemerintahan PAP Singapura.
Orang Melayu Islam Pulau Pinang akan menerima nasib yang sama seperti melayu Islam Singapura jika mereka mengabaikan tuntutan Islam yang melarang bekerjasama secara intim dengan orang kafir harbi seperti Dap ini.
Umat Islam sepatutnya bersedih kerana di dalam Al Quran lebih awal lagi telah mencegah orang islam daripada membuat pakatan dengan kafir harbi seperti ayat 22 al mujadallah. Dalam surah ini juga sekali gus menggambarkan bahawa parti Pas adalah bukan gerakan Islam yang Hakiki, bahkan parti bernama islam tetapi isinya penuh dgn fitnah dan kejahatan semata.
Sila lihat juga ayat al Quran dalam surah an nisa ayat 140 yang bermaksud : sesungguhnya Allah menurunkan perintah di dalam al Quran ia itu apabila sahaja kamu mendengar atau mengetahui ada orang2 kafir yang menghina islam ( seperti langkah mayat aku dahulu sebelum melaksana kan hudud,) maka orang kafir seperti itu wajib dijauhi, seandainya orang islam masih bersekongkol dengan orang kafir seperti ini maka orang itu dianggap munafik oleh Allah. dan orang seperti itu akan di himpun kan oleh Allah bersama orang kafir didalam neraka. (sila lihat kepada semua tafsir yang ada di seluruh dunia) saya menyeru umat islam menjauhi daripada parti pas sekiranya mahu selamat di akhirat nanti.