Isnin, 24 Ogos 2009

Pas terdesak

Bekas vokalis rock Melissa warnai kempen PAS
Ditulis oleh Te@M I.T
MONDAY, 24 AUGUST 2009 03:40


KEPALA BUKIT, 24 Ogos - Bekas vokalis kumpulan rock Melisa yang popular pada awal era 90-an dulu, Ustaz Mohd Rodhi Abdul Hamid turun membantu kempen PAS pada pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir.

Kehadiran beliau dalam program ceramah kempen di Pasti Kepala Bukit malam tadi berjaya menarik perhatian ramai khususnya golongan muda menerusi ceramah yang diselang selikan dendangan-dendangan lagu kerohanian.


Mohd Rodhi yang berasal dari Alor Setar dikatakan telah aktif menjalankan peranan sebagai pendakwah bebas sejak hampir dua tahun selepas meninggalkan karier seninya.


Beliau yang tampil dengan mengenakan songkok dan berpakaian jubah punjabi putih diberitakan telah menerbitkan album pertamanya iaitu 'Cinta Untuk Nabiku'.


"Saya menyeru umat Islam agar meninggalkan cinta-cinta noda dan kembalilah menyintai Nabi dan Rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.


"Tidak lupa sempena bulan yang mulia ini beliau mengingatkan agar umat Islam meningkatkan amalan-amalan sunat, kerana pahala yang dijanjikan Allah amatlah besar," katanya dihadapan kira-kira 100 hadirin yang hadir.

Meskipun malam semakin larut, program ceramah yang dimulakan agak lewat itu bagaimanapun mendapat perhatian kira-kira dua van pegawai polis cawangan khas atau lebih dikenali SB dengan berpakaian preman yang memerhati suasana yang berlaku lagaknya.


Mereka ini tiba di kawasan kejadian pada jam 11.30 malam dengan keadaan yang agak mencurigakan pada masa Mohd Rodhi masih mendendangkan lagu-lagu kerohanian.


Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan kehadiran beberapa anggota polis trafik selain jalan raya yang kian sesak memandangkan masa yang semakin lewat.