Selasa, 4 Ogos 2009

MAT PUT TAK SABAR UNTUK BUAT DEMO DI STADIUM BUKIL JALIL

Nampak gayanya cabaran Najib disambut baik oleh pihak Fakatan Riot atau boleh disebut juga Packatan Gangster. Mat Put ini ingat mudah kut untuk buat demo tu. Kalau free mungkin dia sanggup lah. Kalau kena bayaran mungkin dia tak sanggup.

Maklumlah nak bayar wang jaminan, bil air, elektrik lampu limpah dan lain-lain bayaran. Kalau 20 kali setahun boleh muflis tabung PR. Dalam masa yang sama SPRM dapat juga menyiasat siapa yang sponsor duit. Jika wujud unsur rasuah maka boleh kita cekup mereka,

Jika ada syarikat yang taja demo pula , senang juga kita pelingkup bisnes mereka. Dapat kontrak kerajaan juta-juta tapi masih kondem kerajaan. Perangai ini memang banyak pada orang Pas.

Di Taiping muka-muka kontraktor ini selalu gelewaq di pejabat-pejabat kerajaan cari projek mudah. Baik dari segi bekalan dan perkhidmatan atau kontrak kecil-kecil kelas F. Mereka menguasai bidang elektrik, telekom, kutipan sampah, pembekalan makanan basah dll. Hidup mewah dengan Pajero, Harrier, Merz 240 dan sebagainya.

Berbalik kepada demo tadi. TM nampak kena 20 kali boleh kurus tabung jihad mereka, dan masuk kali 21 pakai lengan lah stadium. Mungkin ada pak cik yang menoreh getah macam teman ini akan kata "Bodoh kerja gila deme yang sedap kita makan lendior"