Selasa, 4 Ogos 2009

Perhimpunan Haram Menyusahkan Rakyat

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Nabi s.a.w bersabda: Hindarilah dari duduk di tepi-tepi jalan. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak boleh menghindarinya kerana kami duduk berbincang-bincang di sana iaitu di tepi jalan. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya kamu ingin duduk juga, maka berikanlah pada jalan itu haknya. Para sahabat bertanya: Apakah haknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Mencegah dari melihat sesuatu yang dilarang, menghindar kan perkara-perkara yang merugikan, menjawab salam serta membuat perkara yang baik dan mencegah perbuatan mungkar.


Jelas menunjukkan Islam melarang umatnya dari membuat perkara-perkara membuang masa, tidak berfaedah dan menyusahkan orang ramai.

Jadi amat pelik sekali kenapa pihak Pakatan Rakyat begitu teruja dengan menganjur kan demonstrasi haram terutamanya Gerakan Mansuh kan I.S.A.

Perbuatan tersebut yang diadakan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur sudah tentu akan menyusahkan rakyat jelata kerana jalan akan menjadi sesak kerana mereka berhimpun haram di jalan-jalan utama di kotaraya.

Perbuatan menyusahkan orang ramai yang merupakan majoriti penduduk sudah tentu hukumnya berdosa di dalam Islam kerana hanya pihak minoriti yang kurang akal yang akan cuba membuat demonstrasi haram yang pihak polis tidak memberikan permit di atas sebab-sebab keselamatan umum kerana ianya mungkin bertukar ganas disebabkan sesetengah minoriti tak berotak yang sanggup melakukan apa sahaja onak untuk menyusahkan majoriti rakyat yang inginkan hidup aman damai tanpa sebarang demonstrasi haram.

Kosmo bertarikh 3 Ogos 2009 juga telah melaporkan Perhimpunan Gerakan Mansuh kan ISA (GMI) telah mengakibat kan kerugian kira-kira RM200 juta yang dialami para peniaga serta kerosakan harta benda awam.

Jadi sudah tentu orang Islam terutamanya dari PAS dan PKR yang menyertai perhimpunan tersebut tidak menggunakan otak serta sanggup menyusahkan orang ramai demi kepentingan diri sendiri dan orang yang mahu membuat onak dan huru-hara di negara Malaysia kita yang tercinta.

Kenapa takutkan ISA kalau diri tu tak berniat jahat terhadap negara?

Kenapa takutkan ISA kalau diri tu tak merancang untuk menghuru-harakan negara?

Kenapa begitu teruja menghapus kan ISA satu undang-undang pencegahan yang selama ini telah banyak berbakti dalam menghindar kan perkara tak diingini berlaku di dalam negara?

Penulis serta ramai lagi mahu ISA dikekalkan dan diperbaiki agar keselamatan majoriti rakyat dapat di pertahankan.

Tak usah memberi muka kepada minoriti yang hanya tahu nak menyusahkan orang lain.

DIPETIK DARI: http://www.isuhot.com