Rabu, 12 Ogos 2009

Pakatan Gangster masih melabelkan PM sebagai Najib Attantuya

Semalam TM menulis dan sengaja menulis Najib Attantuya, ini kerana puak-puak pembangkang lebih-lebih yang beragama Islam amat gemar mengaitkan dua nama dalam setiap percakapan dan penulisan mereka. Siapa yang memulakan ? Sudah tentulah Aljub atau pun pereka ayat aljuburi waliwati seperti yang selalu disebut oleh House of PK.

Najib Attantuya hari ini sudah menjadi sebutan biasa bagi kaum lut atau kaum terang bulan. Kadangkala Dap sendiri tidak berani menyebut hal ini, tetapi melayu sendiri yang berani memainkan isu ini tanpa rasa takut dan bersalah.

Mat Sapu dalam muktamar Pas tahun ini , siap dengan sajak yang menghina PM DS Najib dengan mengaikan C4 dan kematian Atantuya.

TM ingin menjelaskan di sini, bahawa DS Najib pernah bersumpah dua kali (itu yang TM lihat dengan mata kepala sendiri) beliau menafikan bahawa dia mengenali gadis monggolia ini. Cukuplah!!! Najib berani bersumpah, bagaimana Anwar pula?? Beranikah dia bersumpah menafikan bahawa dia tidak meliwat Saiful.

Najib anak kepada Tun Razak, anak negarawan , anak keluarga bangsawan, beliau bukan gemar memaki hamun puak-puak yang menghina dan mencercanya, DS Najib kalau dia nak marah pun , dia tak akan luahkan kemarahan nya, dia tahu sebagai anak yang terasuh mindanya beliau tahu menjada maruah diri.. Melenting mengamuk menghina dengan penuh emosi amarah adalah pengaruh syaitan. DS Najib tetap tenang, tenang dalam hujah, tenang dalam menjawab soalan dan tuduhan. Itu lah seorang pemimpin dan negarawan kita abad ini.

Najib ketika Attantuya dibunuh , bergelar Timbalan Perdana Menteri. Logikkah seorang yang bergelar TPM terbang ke sana sini dengan urusan negara sanggup meletakkan dirinya ditahap rendah dengan membunuh gadis monggolia tersebut. Orang yang tahu undang-undang tidak akan melakukan kerja hina begitu.

Najib pernah berkata " Jika saya membunuh Attantuya, lambat laun orang akan tahu, dan Pak Lah tidak akan melantik beliau sebagai penggantinya jika yakin saya terlibat" itu yang disebut oleh Najib di PWTC bulan lalu, sebelum mengerjakan umrah.

Apalah logiknya seorang TPM sanggup membunuh seseorang sedangkan berjuta mata sentiasa fokus terhadap beliau. Logikkah seorang yang bakal menjadi Perdana Menteri terlibat dengan pembunuhan?