Hari ini Anwar jadi hero lagi dikalangan Pakatan Gangster. Dap ikut dengan penuh berwasapada dan Pas mengikut membuta tuli tanpa merujuk visi dan misi penubuhan parti mereka.
Pas akan terus tersasar dari matlamat dan cita-citanya tentang penubuhan sebuah negara Islam Ala Pas. Terkubur mati dan ditalkinkan oleh Anwar dengan doa tahlil dibacakan oleh Ustaz Lim Guan Eng. Maka pengikut totok Pas dengan sendirinya akan mengkafirkan diri mereka sendiri apabila telah diturunkan tanda tangan dalam surat pendaftaran dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan.
Selepas ini Pas tidak layak lagi bercakap mengenai hukum hudud, negara Islam dan lain-lain yang bercirikan Islam. Tutup buku, tutup mata dan boleh TAKE BEER....tiada lagi akan kedengaran suara keramat Pas iaitu TAKBIR.
Sedih. Tamatlah sudah sebuah riwayat sebuah parti Islam bernama Pas. Yang pastinya Pas akan berpecah sekali lagi dengan penubuhan parti serpihan baru.