Lebih kurang jam 4 petang tadi di Kg Sama Gagah , Puteri puteri Umno telah mengedarkan bubur lambuk sebagai sadaqah di bulan Ramadhan kepada penduduk di kampung tersebut.
Mengikut adat dan budaya Melayu setiap pemberian akan diterima dengan tangan dan hati terbuka. Bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Orang yang memberi mendapat pahala dan penerima pun sama juga.
Apa yang berlaku petang tadi amat memeranjatkan puteri puteri Bn. Mereka menerima tetapi dengan sombang dan bongkak telah membuang ke tanah didepan pemberi sadaqah. Teruk betul perangai mereka. Mungkin mereka memandang jijik dengan pemberian puteri -puteri Bn tersebut tetapi kalau tak sudi janganlah ambil. Membazir saja makanan atau rezeki di bulan yang baik dicampakkan ke tanah.
Masih ramai orang kampung yang sudi menerima sumbangan tersebut jika mereka menolak dengan baik. Apa nak buat bubur sudah menjadi tanah. nak makan pun dah tak boleh.
Nak menyalahkan orang Kampung Sama Gagah pun tak boleh juga, bukan semua berperagai sedemikian. Hanya segelintir yang tegar dan taksub kepada Pas sahaja yang berperangai demikian rupa.
Itu lah akibatnya jika terlalu banyak ditarbiahkan oleh Pas. Jelas menunjukkan Pas mengamalkan ajaran sesat lagi menyesatkan atau ringkasnya PAS. Ini lah puak puak yang Nik Aziz janjikan syurga. hua hua hua sekian..