1995 TM telah pergi ke Mengkuang Dam untuk satu program motivasi. Sepanjang laluan dari Butterworth dengan menaiki bas yang disediakan, TM melihat banyak rumah-rumah melayu seperti yang dipaparkan di atas.
Pada ketika itu Anwar sudah bergelar Timbalan Perdana Menteri selepas menewaskan Tun Ghafar dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno 4 November 1993. Anwar berpolitik secara paling kotor dan jijik dalam sejarah Umno untuk menjatuhkan Tun Ghafar, Pak Lah, Dr Hamid Othman dan Tun Sanusi Joned.
Apabila menang sebagai TPM dan Timbalan Presiden Umno hanya merancang untuk menguasai jawatan Presiden Umno pada tahun 1997. tetapi hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana kekuatan belum cukup kuat.
Pada waktu ini dia memainkan isu nepotisma dan kronisma dengan tujuan untuk menjatuhkan Tun Mahathir. Tun lebih bijak dengan ucapannya mengenai Brutus dan Julius Ceaser. Akhirnya Anwar dimalukan dalam Persidangan Agung tersebut. Dalam ucapan penutup Anwar memuji meleleh kepada Tun, tetapi seperti biasa Tun hanya tersenyum sinis kepada Anwar di dalam Dewan Merdeka, PWTC.
Sebagai orang kuat IMF dan Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998, Anwar hanya mampu tersenyum untuk menanti saat Tun Mahathir berkata " OK kita ambil wang IMF dan Saya letak jawatan sebagai PM dan awak ambillah tugas saya" Itu lah yang dinantikan oleh ANwar tetapi tidak kesampaian.
Akhirnya Tun Mahathir muncul dengan idea bijak dengan mengikat ringgit pada RM 3.80 untuk 1 US dollar. Tun juga membatalkan wang kertas bernilai RM 500. Wang 500 yang ada diluar negara perlu ditukar ke wang kertas 100 atau 50 ringgit dalam tempoh sebulan. Anwar terduduk kelu dengan keputusan Tun Mahathir.
Perang dingin antara Anwar dengan Tun terus bermula selepas PAU 1997. Anwar telah menghantar berkajang-kajang surat kepada Tun menafikan salahlaku beliau.( Ini tak semua orang tahu, terutama anak muda)
Tun sudah tidak berminat untuk bercakap dengan Anwar lagi. Ini terbukti dalam konvoi Proton terpanjang ke Pulau Pinang dalam sambutan kemerdekaan 1998 yang berpusat di Pulau Pinang. Tun berbual dengan Tan Sri Koh dengan bercakap dari belakang Anwar. Anwar terasa dirinya dipinggirkan dan dimalukan oleh Tun dalam satu majlis besar (ini pun tak ramai yang sedar akan krisis mereka)
Segala persoalan dan teka teki mengenai kedudukan Anwar dalam kabinet terjawab apabila majlis tertinggi sebulat suara memecat Anwar dari Umno pada 2 September 1998 dan secara otomatik jawatan TPM juga terlucut dengan sendiri.
Maka bermulalah dan pecah lah belang siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya. Anwar menjadi hilang akal sanggup berjalan kaki berbatu-batu tak tentu arah mengenang kan nasib malangnya.
Satu sejarah besar negara yang perlu didukomentasikan oleh RTM untuk tatapan generasi akan datang supaya tahu siapa sebenarnya Anwar.
Kembali kepada rumah-rumah usang di Parlimen Permatang Pauh. Memang benarlah rungutan penduduk P44. Anwar tidak membantu dan tidak memperdulikan rakyat kawasannya sejak beliau menjadi ahli parlimen dari tahun 1983.
Memang sedih bila melihat rumah-rumah melayu di sana lebih-lebih lagi di Ceruk Tuk Kun.
Tetapi oleh kerana wang yang ditabur kan setiap kali PRU dan PRK maka dia terus menang terutama sokongan generasi muda yang tidak tahu sejarah buruk Anwar.
sekian, stop.