Kalau ada anak cucuku atau keturunanku ingin berkhidmat sebagai polis dalam PDRM silakan. Apa kerja yang tidak ada risiko , risiko mati tu bukan kerja kita.tetapi risiko di saman orang orang awam memang ada.
Hari aku juga terharu mengenangkan seorang remaja yang terpaksa menggunakan mata palsu kerana terkena tembakan gas pemedih mata.lalu menuntut kerajaan membayarnya 10 juta ringgit.
Begitu juga dalam kes menangani Mat Rem-Rem yang selalu menggila atau turun minyak di malam-malam minggu. Jika polis bertindak keras terhadap mereka dan Mat Rem ini jatuh dari motosikal dan mati, maka siaplah polis tersebut. Lawyer lawyer akan keliling si mangsa untuk bawa kes ke mahkamah. Jika si Mat Rem Rem itu mati terbabas kerana berlumba tidak ada pula lawyer lawyer sasau dan lawyer samy datang untuk menyaman syarikat motor kerana membuat motosikal laju. atau tak pula mereka sama penganjur lumba haram. Memang Hampeh punya lawyer.
Dalam kes rusuhan menterbalikkan van polis , apa tindakan yang sesuai? Adakah polis hanya boleh melihat dan hanya boleh merakam gambar dan tidak boleh mengejar dan menangkap perusuh? Polis apa macam tu, Nanti kena kutuk oleh Perisik Rakyat dan ABO pula.
1 Ogos 2009 Polis bertindak sama, menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Setakat hari ini belum dengar lah ada yang ingin menyaman polis.
Polis juga terdedah dengan fulus atau rasuah. ramai yang ingin memberi kerana nak mudahkan kerja mereka. Satu hari TM minum kopi di sebuah restoran mamak, saja TM lepak di luar kaki lima kedai. Meja sebelah ada dua anggota polis sedang minum kopi dan meletakkan kereta polis waja di tepi motosikal TM. Tiba-tiba dari jauh sebuah 4x4 dipandu oleh seorang cha dengan tersengih memberi hon beberapa kali sambil mengangkat tangan kepada polis. dan kedua-dua polis pun melambai sambil menunjukkan cawan kopi kepadanya.( tanda ajak minum) Si Cha terus berlalu dengan laju. begitulah hubungan baik antara dua pihak. TM tahu siapa pemandu 4x4 dan apa bisnes nya.
So sempenan hari pahlawan , TM juga ingin mengucapkan selamat hari pahlawan kepada polis. Mereka pun pahlawan juga, bukan askar saja.