Ahad, 9 Ogos 2009

Umno kalah dalam peperangan saraf

PRU 11 menyaksikan kemenangan besar kepada BN dibawah kepimpinan Pak Lah, Pak Lah telah berjaya dan hampir menyapu bersih semua kerusi parlimen dan dun. Kelantan yang menjadi kubu kuat Pas hampir kecundang di tangan Pak Lah,

Begitulah sanjungan dan harapan yang tinggi diberikan kepada kepimpinan Pak Lah dalam PRU 11. Bagaimana kemenangan Pak Lah sikit pun tidak mematahkan semangat Pas, Dap dan Pkr untuk terus melawan dan menentang BN,

Dua tahun sebelum PRU 12 pelbagai teori dan perancangan strategi telah disusun secara senyap oleh pakatan pembangkang. racun-racun telah mula ditabur kepada ahli-ahli parti dan pengundi-pengundi. Lebih-lebih lagi kepada bukan melayu, Hati bukan melayu diusik dan digertak dengan cerita-cerita yang menakutkan mereka, Melayu dianggap rasis dan hanya mementing kan melayu. Bukan melayu tidak harus menyokong parti BN. Bukan melayu mestilah bersatu dan menyokong parti bukan melayu. TM berjaya mengidu kesangsian bukan melayu setahun sebelun PRU 12. Sentimen perkauman berjaya di manipulasikan oleh kumpulan ini.

Bagaimana pun harapan yang diberikan kepada Pak Lah oleh pengundi PRU11 sedikit demi sedikit menjadi kendur dan luntur oleh sebab racun-racun dan usaha tanpa letih oleh pakatan pembangkang.

Semakin dekat dengan PRU 12 , serangan senyap telah bertukar menjadi serangan ganas. serangan bertubi tanpa henti oleh mereka telah berjaya melumpuh sistem saraf BN dan Umno,
Hari ini pemimpin Umno telah mengakui bahawa kedudukan mereka bagaikan telur di hujung tanduk.

Serangan tanpa henti oleh PR telah menyebabkan mereka berjaya dalam PRU 12. Mereka berjaya memainkan persepsi negatif. BN korup dan BN menipu rakyat selama 50 tahun. Anwar menjadi tok dalang dengan bantuan kewangan dari barat. Anwar berjaya mengoyak-rabakkan BN. Pas dan Dap mendapat untung besar hasil perasaan dengki yang amat sangat dari Anwar.

Pengundi atas pagar beralih angin, ahli BN menolak parti sendiri dan yang untungnya ialah kumpulan tangkap muat , Hari baru tahu betapa sukarnya menguruskan sebuah negeri tanpa kerja sama yang tulen oleh ketiga-tiga parti. Selangor, Pulau Pinang , Perak dan Kedah menerima kejutan budaya yang besar setelah bertukar parti. Apa pun bersabarlah wahai pengundi-pengundi tunggulah PRU 13 untuk menukar kerajaan baru.

Umno dan BN sebenarnya masih kuat, cuma kita kalah bila diserang.Kalah kerana tidak membalas balik segala tohmahan pembangkang. Hari ini sudah berubah, kehadiran blog-blog pro Bn telah berjaya menggugat serangan pembangkang. tetapi di mana blog-blog daripada ahli Umno dan lain-lain komponen BN. Dari penilaian TM masih kurang berbanding dgn blog pro PR.