Setelah setahun setengah Pakatan Gangster memerintah di beberapa negeri , kita nampak mereka sebenarnya tidak layak mentadbir dan tak reti mentadbir , yang mereka pandai ialah kritik orang lain.
Ini kerana pemimpin Pakatan gangter main tangkap muat saja. Aljub bawa lori, LKS bawa bas dan Pok Nik pun bawa tongkang , Pusing habis satu Melaya. Jumpa muka agak-agak gangster sikit, ada janggut dan semutar pakat-pakat angkut masuk lori, untuk di bawa ke kilang bagi proses untuk jadikan wakil rakyat. semuanya dalam masa yang singkat.
Dan sekarang lihat lah apa yang mereka dapat. bergaduh, kutuk dan menghina sesama ahli. rasuah, songglap wang rakyat. bawa lari duit masuk akaun parti dan sebagainya.
Ini semua kerana pemimpin mereka tidak diuji dan tidak ditapis, yang tak ada pengalaman dalam pengurusan politik .
Tidak ada toleransi , diplomasi dan sebagainya.
TM menyamakan mereka seperti getah sekerap. Penoreh akan mengumpul susu getah yang baik untuk dijadikan getah keping, dan baki-baki getah akan menitis pada kelajuan amat perlahan dan mengisi cawan susu getah. Esok pagi penoreh akan mengumpulkan getah dari bekas torehan dan juga saki baki getah di dalam cawan. Itu lah taraf pemimpin parti pakatan gangster.
Berlainan pula dengan Umno yang TM ibarat kan sebagai penyu dewasa. Seekor penyu boleh bertelur beratus biji tetapi untuk berjaya menjadi seekor penyu dewasa terlalu sedikit peluangnya. anak anak penyu sejak menetas lagi akan menjadi mangsa kepada ikan dan burung serta haiwan pemangsa yang lain. Akhirnya hanya yang kuat dan mampu saja dapat membesar dan menjadi penyu dewasa. Begitulah rupanya.
Ahli umno mencecah jutaan orang tetapi yang terpilih untuk menjadi pemimpin terlalu kecil bilangannya. Ini di peringkat atas, pemimpin juga hendaklah tahan diuji. lulus pelbagai ujian di peringkat bawah sebelum boleh berasa di atas, TM menegaskan mungkin ada sebilangan kecil anak anak atau menantu menantu pemimpin cuba mengetengahkan mereka tetapi ramai yang kecundang di akhirnya kerana gagal dalam ujian.
Tun Razak pun begitu, mewariskan darah kepimpinan kepada anaknya. Tu pun satu yang sangkut, yang lain mungkin tak berminat dan tidak berkeupayaan . Lihatlah jadual Najib hari ini, sudah menyamai jadual Tun Mahathir, padat dan sibuk. bergegas ke sana ke mari kerana tugas dan tanggung jawab terhadap agama, bangsa dan negara.
Dalam Pakatan gangster pun yang bijak dan berkebolehan berpolitik cuma seorang sahaja, yang lain tu pak turut saja,
Itu pun kerana dia 18 tahun dalam politik Umno. Yang lain semuanya hampeh..