Jumaat, 18 September 2009

Dato Malik Hanafiah masuk PKR???

Suara Keadilan Bil 198 edaran 8-15 September 2009, halaman 3, menyebut "Bekas Adun Kamunting juga bekas Ketua Umno Bahagian Taiping, Dato Dr Abdul Malik Md Hanafiah hadir pada satu majlis di Dewan Too Bow Keong di Ipoh pada 5 September 09 bersama-sama Anwar Ibrahim, Chua Jui Meng, Sivarasa Rasiah, dalam upacara mengumumkan 1600 orang sertai PKR.


Dato Malik memanglah team Anwar sewaktu Anwar nak naik dulu. Dato Malik juga banyak membantu program-program yang di anjurkan oleh Anwar di Taiping sewaktu Anwar nak jadi TPM dulu. TM pun terlibat dalam banyak program yang dianjurkan.

Setakat hadir saja belum bererti beliau akan menyertai PKR. tetapi jika dilihat kembalik kes Zaid Ibrahim ia seakan-akan sama , dan akhirnya Zaid Ibrahim sah menjadi ahli Pkr. Walau bagaimana pun kita tunggu dan lihat saja.