Sabtu, 5 September 2009

Mungkin ini menyebabkan mereka bakar jalur gemilang kita






Baru-baru telah berlaku satu insiden membakar bendera Malaysia di Indonesia. DS Najib juga telah memberi reaksi beliau baru-baru ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini seakan-akan ada pihak yang cuba mengeruhkan hubungan baik antara dua kerajaan. Apa muslihat kumpulan penyangak ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mewujudkan ketegangan antara dua kerajaan. Ingin melihat kedua-dua negara berperang, itu muslihat mereka.

Bagaimana pun dengan kebijaksanaan pemimpin Indonesia dan Malaysia perkara-perkara negatif ini gagal mengambil tempat. Sehinggakan isu lagu Rasa Sayang, Can Malican dalam lain-lain juga dijadikan isu. Mereka menyalahkan kononnya negaraka kita mengambil lagu-lagu mereka dalam promosi pelancongan negara. Mungkin mereka lupa sejarah bahawa kedua-dua negara adalah serumpun. Belanda dan British lah yang memisahkan sempadan kita,

Harap kumpulan yang cuba mengeruhkan keadaan dapat melupakan hasrat mereka.