Sabtu, 5 September 2009

Pindah kuil ke Seksyen 23 ditangguh - MB

05/09/2009 4:42pm

SHAH ALAM 5 Sept. - Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk menangguhkan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di sini selepas penduduk di kawasan itu tetap berkeras membantah cadangan tersebut dalam sesi dialog yang diadakan pagi ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan satu lokasi lain yang lebih sesuai dan boleh diterima oleh semua pihak yang terlibat termasuk jawatan kuasa kuil dan semua penduduk dikenal pasti.

Beliau berkata, perkara ini (mencari lokasi baru) juga akan dilakukan dengan seberapa segera dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi mengelakkan ia terus menjadi isu di kalangan penduduk. - Utusan

Ulasan Tm

Nampaknya usaha 50 orang yang mewakili penduduk SS 23 telah berhasil,Tahniah .

Bagaimana pula dengan undang-undang. Adakah mereka akan didakwa dimahkamah?