Hari Raya Aidul Fitri anak-anak Taiping dan sekitarnya akan balik berhari raya menziarah ibu bapa dan saudara mara. Tersenyum lebar pakcik. makcik ,pakngah, makngah, paksu dan toksu. serta lain-lain lagi.
Tersenyum melihat kejayaan anak-anak buat yang masa kecilnya hingus hijau meleleh, bermain dalam parit, menggalas getah sekerap. mengail dan menembak ikan hari ini sudah menjadi seorang yang amat berjaya di ibunegara.
Hari ini ada satu perjumpaan anak-anak kampungku di kampung (tak perlu sebut nama lah) maaf TM tak dapat hadir. Dalam majlis tersebut sudah tentu akan bersusun beberapa kereta mewah seperti Alphard, Merz , BMW dan lain termasuk juga Harley Davidson dan lain-lain jenama motosikal yang exotic.
52 tahun merdeka Kementerian Pelajaran Malaysia melalui beberapa perubahan telah berjaya melahirkan anak -anak melayu kampung yang dahulunya hanya layak menoreh getah dan bersawah ke satu dimensi baru yang tidak pernah terfikir oleh datuk nenek kita dahulu. Mereka telah berjaya ke puncak kerjaya yang cukup membanggakan agama, bangsa dan negara. Tahniah kerajaan dan tahniah pemimpin-peminpin UMNO yang berjaya mengubah wajah bangsa melayu yang dianggap bodoh dan mundur.
Orang Umno dan orang kampung tersenyum melihat kejayaan anak bangsa yang telah berjaya dihasilkan melalui sistem dan dasar pendidikan kebangsaan yang telah diperkenalkan selepas merdeka.
Satu perkara lagi yang nak dikongsi di sini ialah masalah dimana nak beraya? Dahulu ada suami isteri yang bermasam muka sebelum raya kerana masalah tempat beraya. Isteri nak balik ke Melaka manakala suami nak balik ke Perak. Jika dahulu mereka terpaksa bergilir-gilir setiap tahun, tetapi hari ini tidak lagi. Sekarang dengan adanya lebuhraya PLUS, mereka boleh berhari raya di kedua -dua rumah ibu bapa dengan mudah dan selesa. Apa tidaknya. Hari raya pertama di Melaka dan hari kedua di Perak. Mudah sangat-sangat. Orang Pkr dan Pas pun sudah tak bergaduh suami isteri lagi. tetapi pernahkah mereka bersyukur dengan apa yang mereka perolehi? Sudah tentu tidak, mereka tetap dengan hujah mereka.
52 tahun merdeka , apa yang kerajaan buat untuk kita? 52 tahun kerajaan menipu kita, Ini lah yang selalu dimainkan oleh mereka.
Hari ini di Taiping ada Ferrari Merah.....Hmmm siapa punya? mungkin blogger X-PKR boleh teka siapa punya kereta tersebut. sama-sama kita cari siapa ampunyanya...