Sabtu, 19 September 2009

NIZAR & ANWAR GAMPANG :ADA JUGA PERKARA YANG PAS TUNDUK KEPADA RAJA DAN KERAJAAN BN

Pas memang terkenal dengan kaki bangkangnya. Sebelum penubuhan Pas lagi pemimpin mereka sudah kekal dengan sifat pembangkang mereka. Pas yang asalnya adalah Umno. Bila kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan parti , mereka keluar dan menubuhkan PAS.

Hari ini Pas begitu gah, sombong dan bongkak, seolah-olah merekalah parti yang kuat dan mendapat sokongan rakyat. Pada hakikat sebenarnya mereka hanyalah menumpang populariti Pkr dan Dap sahaja.

Di Perak dengan hanya 6 kerusi , Selangor 8 kerusi dan Pulau Pinang 1 kerusi tetapi seolah-olah satu Malaya mereka dah pegang.

Dalam soal agama juga mereka mempunyai mazhab mereka sendiri. Solat mereka, puasa mereka dan gaya hidup mereka juga lain dari yang lain. Hari ini mereka mengejar syahid. semua ahli Pas mengejar syahid dan sanggup mati kerana mempertahankan Pas. Sepatutnya syahid bila kita gugur kerana mempertahankan Islam.

Bulan puasa pun sudah di penghujung, esok kita akan menyambut eidul fitri dan esok sebelum menunaikan solat sunat eidul fitri kita diwajibkan menunaikan zakat fitrah. Bab zakat di Perak tahun ini ada sikit masalah.

Bila kerajaan negeri diambil alih oleh BN maka Pas telah cuba mempengaruhi ahli-ahli Pas dan penyokong mereka supaya tidak membayar zakat kepada amil yang dilantik oleh majlis agama negeri. Sebaliknya mereka balik ke asal dengan mewujudkan amil mereka sendiri..

Tahun lalu sebelum puasa Pas sendiri telah menggerakkan jentera majlis agama negeri dengan membuat konvoi ke 9 daerah untuk menggalakkan zakat fitrah dibayar kepada amil yang dilantik oleh majlis. Hari ini segalanya sudah bertukar ke asal.

Begitu juga halnya di Selangor, sewaktu Pakatan mengambil alih tampuk pemerintahan, perbendaharaan negeri mempunyai wang sejumlah 1.4 billion ringgit. Sejak Pakatan memerintah wang tersebut habis dan hari ini mereka cuba menggunakan wang zakat pula untuk perbelanjaan dan urus tadbir negeri.

Banyak syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh kerajan BN sebelum ini sudah ditutup dengan alasan mereka sendiri. Penyelewangan urus tadbir negeri menjadi semakin parah. Rakyat Selangor banyak tidak tahu dan tidak sedar terutamanya Melayu. mereka masih leka dibuai dan diulit oleh ceramah-ceramah Pas dan Anwar. Anwar sendiri telah banyak menggunakan wang negeri untuk agenda politik peribadinya.

Balik kepada tajuk di atas. Pas nampak keras dalam segala urusan bab agama. tetapi ada juga urusan-urusan agama yang mereka tidak membantah dan menjadi pak turut sahaja. Soal apa? Soal nikah kahwin? soal jualbeli? soal perbankan islam? soal syariat? Ohh tidak bab itu mereka tentang habis. Mereka lebihkan hudud dari bab-bab yang lain dalam hukum Fiqah.

Yang nak di sebut di sini ialah soal penentuan puasa dan penentuan hari raya aidil fitri.. Bab ini mereka ikut 100 peratus apa yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Tidak pernah berlaku dimana Pas mengajak pengikutnya berpuasa awal sehari atau lewat sehari dan juga sewaktu menyambut 1 Syawal. Pas juga akur dengan Majlis Raja-Raja. tidak pernah mereka beraya awal sehari atau lewat sehari. Dalam banyak-banyak perkara, ada juga yang mereka tak pernah bangkang.

Kita sedia maklum dalam bab menentukan puasa dan raya kita tidak global, kita masih tidak ada satu standard yang seragam yang digunapakai oleh umat Islam satu dunia. Sultan Perak satu ketika dahulu awal tahun 80an telah menitahkan agar rakyat Perak beraya awal sehari dari negeri negeri lain kerana Almarhum Baginda Sultan Idris tidak bersetuju dengan cara penetapan puasa dan raya sepertimana yang biasa kita lakukan.

Itulah Pas ni nampak saja gah. lantang berpolitik. bijak memutar belitkan minda pengikut dan penyokongnya tetapi tidak semua yang mereka gah. Ada juga perkara-perkara yang mereka ikut dan patuh dengan Raja-Raja. Harap selepas ini tak ada lagi ada malaun-malaun yang akan sembah derhaka kepada Sultan atau telentang di atas jalan raya kerana membela agama lain dan membela kafir harbi...