Blog pembangkang hari ini tercari-cari apakah modal untuk menghentam kerajaan Bn dan juga blog-blog yang menyokong kerajaan.
Dalam Facebook mereka cuba menyalahkan BN dalam apa juga isu. Dalam blog pun sama. Ada blogger pembangkang yang kalah dalam penghujaan , gagal menangkis hujah maka mereka akan maki hamun seperti mana yang dilakukan oleh pemimpin mereka.
Hari ini yang mengulas atau menulis komen dalam blog Bpn lebih banyak copy and paste dari Harakah. Harakahlah satu satunya talian hayat mereka.Suara Keadilan sudah sejuk. sejuk kerana takut dengan kes liwat dan kegagalan 16 September. Nizar di Perak masih lagi gila talak dan blogger Perak network masih menganggap Nizar sebagai MB yang sah. kononnya rakyat telah memilih Nizar sebagai MB.
Di Selangor bila BPN memainkan isu Kerajaan Pakatan akan tumbang 16 September, telah menyebabkan 2 Khalid , Anwar dan ahli-ahli Dap panas bontot. Pada hal hanya usikan blogger saja...Tetapi kalau nak jadi kenyataan...Amin...alham dulillah.