TM juga memerhatikan, puasa kali ini Dap tak ada pun buat majlis berbuka puasa. Tahun lalu berebut-rebut untuk mengadakan majlis berbuka dan majlis hari aidil fitri.
Adakah Dap sudah bosan dengan Pas? Adakah Dap sudah cukup membalas budi kepada Pas? Siapa nak jawab?
Pada hari raya aidil fitri ini sudah tentu DS Najib akan mengadakan rumah terbukanya dan merupakan majlis pertama sebagai Perdana Menteri. Harapan tahun ini tidak ada kumpulan yang akan buat kacau seperti tahun lalu. Jika ada yang cuba buat huru hara harap pihak polis dan pendakwaan dapat mengambil tindakan yang tepat dan pantas seperti mana yang berlaku kepada demontrasi usung kepala lembu.
Sebut isu usung kepala lembu, TM agak terkilan kerana banyak kes-kes yang lebih teruk dari itu masih belum ada tindakan. Contoh demontrasi menentang PPSMI, demontrasi vigil bawa lilin yang nyata bercangah dengan akidah, demontrasi menentang ISA, dan banyak lagi. Kes penghinaan terhadap sultan pun belum selesai lagi. Kes Saiful vs Anwar, entah bila nak berjalan.
Mana barisan bertindak dalam pemuda Umno. cepat bangun buat desakan. Jangan berdiam diri, Orang dah hina kita, pijak kepala kita. masih yang bermaaf-maafan lagi kah?
Opps!!! ada satu lagi cerita. Semalam Nizar Bangsat dan Nga Bangsat telah membuat kunjungan ke sebuah masjid haram di Kamunting untuk majlis berbuka puasa. TM menggunakan perkataan haram kerana semasa pembinaan puak-puak haram ini telah membuat solat hajat agar tidak dibina masjid tersebut kerana takut jawatan kuasa mereka hilang dan gugur. tetapi bila masjid siap dibina mereka rampas dan dijadikan markaz mereka. Sedangkan wang perbelanjaan dibiayai oleh kerajaan BN. Kesilapan wakil rakyat Kamunting dahulu yang tidak berbuat apa-apa menyebabkan masjid tersebut sudah menjadi Maskaz Pas.