GAMBAR Menteri Besar di persimpangan jalan di depan Mini Stadium MPM Seri Manjung yang rosak disimbah cat merah.
PLASTIK berisi cat merah yang digunakan dalam percubaan mensabotaj papan iklan ucapan selamat hari raya Menteri Besar
GAMBAR Menteri Besar di persimpangan jalan di depan Mini Stadium MPM Seri Manjung yang rosak disimbah cat merah.
KAIN rentang ucapan selamat berpuasa dan selamat hari raya di Bangunan UMNO Sitiawan turut dirosakan pihak tidak bertanggung jawap
AZRI (tengah) bersama ahli UMNO Bahagian Lumut selepas membuat laporan polis di Balai Sitiawan, semalam.
AZRI menunjukan gambar Menteri Besar di sebuah papan iklan yang disimbah cat merah di Seri Manjung, semalam.
Sudah tentu kerja celaka begini datangnya dari pihak Pakatan Rakyat.
Jika dilakukan oleh Dap maka ia diibaratkan sebagai kegiatan komunis seperti yang dilakukan mereka dalam gerakan Bintang 3 dalam tahun 1948 dahulu. (Zaman dharurat , zaman Chin Peng). Perbuatan ini sama seperti yang berlaku kepada billboard BN dalam PRK 59 di Kuala Sepetang. Dap yang gemar menggunakan cat merah dan sama seperti perbuatan lintah darat Ah Long.
Jika ia datang dari kerja PKR sudah tentu satu perbuatan arahan AMK bawah arahan Budak Kencing Dalam Seluar. kerana membalas dendam terhadap isu kepala lembu di Shah Alam. dan sebagai menutup kes AMK yang mengusung seekor lembu ke pejabat SPRM.
Jika ia dilakukan oleh PAS, pun ada kemungkinan, sebab Pas gemar akan perbuatan seperti ini. Lihat saja billboard BN di Permatang Pasir, di mana mata calon BN dilebamkan oleh cat hitam. Pas juga gemar memotong tiang-tiang billboard, mencabut dan mencampakkan poster BN. Entahlah, Islam apa yang dibawa oleh mereka. Tetapi jika BN meletakkan wang , mereka lah yang terlebih dahulu menyapunya. Pantang dengar ada wang. mereka dahulu yang isi borang.
Dalam senario di atas TM lebih berat kepada DAP. Mungkin pihak polis pun bersetuju dengan pandangan TM.
INI ADALAH PERBUATAN BACUL, JIKA BERANI DAN ANAK JANTAN, BAWALAH KAMERA , BUAT RAKAMAN DAN TUNJUKKAN DALAM MEDIA YOUTUBE . BARU BOLEH JADI HEROOOOO!!!!!!!!!!!!
Saya harap semoga pihak berkuasa dan kerajaan tempatan juga memandang serius akan perkara ini!