Kampung-kampung kembali sunyi, anak-anak yang berada di bandar-bandar besar sudah pun kembali ke tempat masing-masing untuk menyambung tugasan mereka. tanggungjawab terhadap majikan dan pembangunan negara. Mungkin ramai diantara mereka yang mengundi Pakatan Harbi kerana marahkan Pak Lah atau pun kerana terpedaya dengar usrah, tazkirah dan dakyah yang kononnya Islam wajib undi parti Iseelee.
Hari ini mereka kembali ke meja tugas, ingatlah walaupun anda menafikan anda tidak makan gaji dengan kerajaan tetapi makan gaji dengan swasta dan tak perlu berterima kasih kepada kerajaan, maka anda silap besar. Peranan kerajaan BN amat besar dan menjanakan ekonomi. Jika negara tidak stabil . tidak menarik maka pelaburan tidak akan datang.
Walaupun kita kalah dengan Myanmar hari ini dalam usaha menarik pelabur ia adalah kerana tawaran menarik yang disediakan oleh kerajaan junta . walaupun keadaan politik tidak stabil tetapi kerana kekuatan junta melebihi Aun Sang maka pelabur berani ke sana.
Negara kira masih mengekal cukai selepas 3 tahun berbanding Myanmar 5 tahun jika tidak silap dan di tambah dengan kekacauan yang dicetuskan oleh pengkhianat negara menyebab situasi tidak menentu dalam negara. Kejatuhan ekonomi Amerika memberi kesan yang besar kepada sektor pembuatan negara. Singapore yang merupakan bandar pelabuhan bebas dan ke 4 terbesar dunia menerima tempias dari kejatujan ekonomi dunia. Ratusan kapal kargo tersadai di perairan negara republik itu kerana tidak ada muatan untuk dibawa.
Pekerja swasta di negara kita pun mula mengeluh kerana tidak dapat bonus raya dan bonus tahunan. Sabaq lah, nak buat macam mana, segala-galanya telah menjadi ketentuan Allah.
Kakitangan kerajaan kumpulan profesional pun tak dapat apa tahun ini. Bagaimanapun kumpulan sokongan masih beruntung kerana menerima wang RM 500.
Kepada kakitangan kerajaan hendaklah bekerja dengan baik, jujur dan amanah. Sistem penyampaian hendaklah sentiasa dibaiki dan dipermudahkan. Idris Jala telah membuktikan kepada Najib bahawa delivery system boleh diubah dengan komitmen yang tinggi. Sebagai pengguna MAS , TM amat terasa akan perbahan yang dilakukan oleh Idris Jala. Baru baru ini Jabatan Imegresen juga telah mempermudahkan sistem pengeluaran Passport antarabangsa. Untuk makluman kenaikan dari RM60 ke RM 300 telah dilakukan oleh Anwar Ibarahim sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan dahulu.
Jabatan Pendaftaran Negara juga perlu berubah. Pengeluaran kad pengenalan perlu dipendekkan dan terbaik siap dalam tempoh 24 jam. Ini kerana segala kemudahan telah disediakan. Jika ada kekurangan pihak atasan perlu bertindak segera, cari apa lagi kelemahan yang ada.
Kakitangan kerajaan juga hendaklah beramanah dalam menjalankan tugas, jangan jadi seperti pepatah melayu. Bunga di ambil, perdu pokok di sepak terajang. faham-fahamlah maksudnya.
Kita kerja bagus, rasuah dihapuskan, red tape ditanggalkan , sudah tentu nama kakitangan kerajaan akan disanjung tinggi. Bonus pun insyaallah akan dapat.
sekian dan selamat membuat rumah terbuka di bandar-bandar pula setelah puas makan lemang di kampung.