Khamis, 24 September 2009

NIZAR KUDIK: KELALAIAN JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

Semalam berita ini menjadi hangat di Perak. Dr Zamry telah disabotaj dan dilabel sebagai penipu. Semuanya gara-gara kesilapan teknikal yang tidak disengajakan atau disengajakan. Makluman telah dibuat pada awal puasa dan sepatutnya diselesaikan secepat mungkin. Yang berlaku amat memalukan. Pegawai yang bertanggungjawab adalah penjawat awam yang telah engkar perintah, culas, cuai dan tidak berintegriti.

Oleh itu mereka yang bertanggungjawab hendaklah secara sukarela mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf kepada Menteri Besar Perak DS Dr Zamry atau lebih selesa dan mudah dengan menghantar surat perletakkan jawatan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Pecat Pengarah JAIPk!!!( DARI BLOG PEMUDA PARIT)
Hari ini merupakan 4 Syawal 1430 H umat Islam menyambut hari lebaran. Miskin, kaya, UMNO, PAS, PKR yang beragama Islam menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan gembira.
Pada awal Ramadhan yang lalu, Dr. Zambry telah mengumumkan sedikit imbuhan untuk para bilal dan siak dan negeri Perak sebanyak RM500 (Klik Sini) untuk mereka menyambut AidilFitri. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan Perak terhadap sumbangan n jasa mereka.
Tetapi, apa yang menyedihkan sehingga kini duit berkenaan masih belum mereka terima. Kenapa?? Soalan ini perlu diajukan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Mohd. Nor Al Hafiz. Bekas calon PAS yang tewas pada PRU sedikit masa dulu yang menjadi mata dan telinga PAS didalam JAIPk. Dinaikkan pangkat ketika 11 bulan PR memerintah Perak dahulu, tetapi Zambry tidak mahu menukarkannya dengan harapan dia turut sama boleh membantu dalam menguruskan jabatan agama itu. Dan kini, Md, Nor tidak amanah dan jujur dalam tanggungjawabnya. Licik permainannya. Dengan mudah rakyat akan menunding jari mengatakan Zambry hanya membuat janji palsu padahal geran peruntukan berkenaan telah diluluskan kepada Jaipk.
Semacam satu taktir yang kotor dan hina. Nama saja Al Hafiz tetapi hatinya busuk dan keji. Inilah yang diajar dalam PAS supaya ahlinya sentiasa mengkhianati saudara seagamanya terutamanya dari UMNO. Walaupun ada diantara bilal dan siak berkenaan merupakan penyokong tegar PAS tetapi itulah hakikatnya.
Md. Nor patut disingkirkan dari JAIPk. Tidak amanah dan tigasnya dan mencemarkan nama baik kerajaan negeri Perak.

Penulis rasa, kalao DAP yang memerintah silap haribulan sami-sami pun akan dapat elaun khas sempena Deepavali n Raya Cina atas nama keadilan n saksama... Wallahualam....

Untuk blog yang lain sila lawat PK House, Sekupang dua dan ramai lagi blog yang membicarakan hal ini