Selasa, 8 September 2009

NIZAR NAK MAMPOS: BLOGGER PERAK NETWORK SEMUA KENA H1N1

Selepas kejatuhan Nizar di Perak maka berakhir jugalah barisan penulis-penulis upahan yang begitu gah dan bongkak dalam membela pejuang mereka yang bernama Nizar Pasberg atau lain-lain bunyinya.

Kalau dahulu mereka bukan main megah keluar masuk SUK , hari ini mereka sudah menjadi sebagai duda yang gila talak.

Perkara yang sama juga akan berlaku sedikit masa lagi di Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar juga akan tumbang dan menyembah bumi. Hari ini meja-meja dan kerusi empuk tidaklagi selesa mengampu punggung-punggung kaki rasuah dan kaki cilok duit kerajaan dengan invois palsu.

Adakah akan ada seseorang lagi yang bakal terjun jejantas atau terjun bangunan? Sama-samalah kita tunggu.

Pas masih megah dengan kemenangan di Permatang Pasir. Semalam masjid cat hijau di Permatang Pauh dalam tazkirah solat terawikh bukan main riak dan sombong menghina dan mengkritik Umno di Bagan Pinang. Imam menjadikan isu calon wanita yang diminta oleh Sharizat sebagai modal tazkirahnya. Soal siapa calon BN di Bagan Pinang bukan soal Pas. Pas sepatutnya menceritakan apakah yang akan dilaksanakan oleh Salleh Man di Permatang Pasir dalam membangunkan ekonomi penduduk kawasannya.

Dalam tazkirah tersebut, Imam solat tarawikh telah menjadikan isu politik semasa sebagai tazkirah dan ini amat bertentangan dengan Islam yang melarang kita bercakap soal dunia tambahan pula dengan maki hamun dan penghinaan yang melampau kepada pihak lain.

Kembali kepada isu blogger Pas. hari ini untuk terus hidup blog-blog yang dahulunya mendapat penajaan dan rating yang tinggi , hari ini sudah merudum. Pembaca mula beralih kepada blog-blog BPN yang lebih menarik dan penuh dengan isi dan fakta-fakta menarik.

Memang kita akui kami penyokong kerajaan tidak mengambil peduli soal blog-blog ini. Akan tetapi selepas PRU 12 kelahiran blog-blog yang menyokong BPN dan BN semakin rancak dan menyerlah. Buktinya blog-blog pro Bn lebih mengambil tempat dalam Malaysiakini.

GAP. X-PKR, Parpukari RBF, AIDC, Pisau, Pejuang bangsa, Cucu Tok Selampit A.B.in the wall dalam lain-lain sudah menjadi top hit dalam Alexa.com. Tahniah, dengan kekuatan yang ada dan tidak diupah oleh sesiapa kami mampu berjihad untuk menjatuhkan musuh Islam yang amat bahaya dalam abad ini.

Jika dahulu kita diserang oleh Komunis Bintang 3 , hari ini serangan puak-puak pengganas dari kumpulan sodomy zaman Nabi Lut amat lebih bahaya. Kita tidak mahu negara yang dibina dengan asas yang kuat oleh kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional hanyut dan musnah oleh banjir besar semata-mata kerana rakyat terpengaruh dengan kaum sodomy.

Marilah kita sama-sama insaf dan bermuhasabah dan kembali ke jalan yang benar dan tinggalkan mereka dalam dunia mereka. Hidup Melayu, Hidup BN. Hidup alif, baa , taa