Semua maklum sejak Anwar naik menjadi menteri pelajaran dan menteri kewangan beliau banyak bergantung kepada rakan rakan Abim yang ramai di sana. Azmin Ali juga pelajar yang dihasilkan dari sana dan telah digilapkan oleh Anwar sejak beliau pelajar lagi,
Sewaktu Anwar inginkan jawatan nombor 2 dalam parti Umno beliau telah menggerakkan jentera nya yang ada di UIA untuk kempen politiknya mengalahkan Tun Ghafar. Pelbagai seminar, wacana, kolokium dijalankan seluruh negara bertujuan untuk memperkenalkan wajah wajah ahli akademik dari UIA sebagai pemimpin masa depan. Pada masa itu nama Aziz Bari masih belum gah sebabnya lidahnya belum cukup masin.
Hari ini mungkin kerana melihat Anwar sudah kembali kuat maka beliau cuba menjadi hero UIA sekali lagi. Muhammad Nur Manuty adalah orang kampung TM yang bekerja kuat untuk Anwar tetapi akhirnya kecundang dalam PRU dikampungnya sendiri.
Hari ini marilah kita menentang kenyataan kenyataan Aziz Bari yang nyata cuba bercakap sesuka hati dan tidak berlandaskan akademik atau sistem perundangan yang beliau sendiri lebih arif.
Sila klik tajuk di atas untuk ke link seterusnya untuk ke smalltalk blogspot.