Saya telah attach video pertama titik mula Anwar dicurigai, ketika berucap di New York, 1 Disember 2005. Ucapan Anwar itu berbau pluralisme dan seruan menyokong Amerika Syarikat, satu sikap yang amat bertentangan dengan prinsip majoriti muslim di Malaysia. Klik di sini
Berikut ini disertakan pula video kedua Anwar bercakap tentang prinsip Islamnya. Ucapan Anwar ini dilakukan pada tahun 2006, di hadapan ahli-ahli SHURA (Majlis Himpunan Ulama), pimpinan Ustaz Abdul Ghani Samsuddin. NGO SHURA berkait rapat dengan PUM (Persatuan Ulama Malaysia) dan TERAS (Teras Pengupayaan Melayu) yang disebut dalam catatan sebelum ini sebagai NGO yang anti kepada Islam Liberal. Klik di sini
Kita tidak tahu, apakah motif Ustaz Ghani, SHURA, PUM dan TERAS menjemput Anwar Ibrahim berucap di majlisnya. Tetapi yang kita tahu, sifat golongan agama diajar untuk memeriksa sendiri maklumat yang disampaikan kepada sama ada benar atau tidak.
Anwar Ibrahim didakwa sebagai virus pembawa Islam Liberal ke Malaysia. Jadi menjadi tanggungjawab SHURA, PUM dan TERAS untuk mendengar dan menilai sendiri pemikiran Anwar, adakah benar, seperti yang didakwa.
Dalam video ini, Anwar bercakap soal agama bertemakan "Menjana Perubahan cabaran Ummah". Ini bersesuaian dengan hadirin yang hadir yang terdiri daripada ahli-ahli gerakan Islam Malaysia.
Jika disebut gerakan Islam, selalunya tokoh-tokoh yang disanjung dari Timur Tengah dan mereka jarang mengemukakan tokoh-tokoh dari Barat atau orientalis.
Tetapi berbeza dengan Anwar, tokoh Barat dan orientalis merupakan rujukan utama. Sikap pro kepada pendapat Barat dan orientalis itu merupakan salah satu ciri Islam Liberal seperti yang dicatatkan sebelum ini. Klik di sini
Ini bukan bermakna penganut Islam Liberal tidak menggunakan hujah tokoh-tokoh Islam, mereka akan gunakan, tetapi tokoh-tokoh Islam itu mestilah sealiran dengan mereka. Ramai pemikir tokoh-tokoh Islam Liberal itu seperti Muhamad Natsir (Pak Natsir), Muhamad Iqbal, Syah Waliyullah Dehlavi, Ali Abdul Raziq, Fazlur Rahman, Rifaat al Tahtawi, Abdul Rahman al Kawakibi dan lain-lain. Senarai tokoh Islam Liberal klik di sini
Dalam video ini Anwar memulakan hujah dengan mengambil pendapat tokoh sejarah, Henri Pirenne(tokoh Jerman yang lari ke Belgium). Tesis Anwar mengambil pendapat tokoh ini menyeru umat Islam agar menyokong Eropah/Barat seperti yang ditulis oleh Henri Pirenne di dalam bukunya "Mohamad Charlemagne". Dalam buku itu penulis merumuskan kehebatan Eropah/barat sekarang disebabkan oleh Islam(Muhamad).. Tanpa Muhamad (Islam), tiadalah Charlemagne, begitulah tesis Henry.
Menurut Anwar, dia tertarik dengan pemikiran Henri Pirene setelah membaca buku karangan Pak Natsir bertajuk "Kapita Selekta". Dalam buku itu Pak Natsir menyeru umat Islam pro kepada tokoh-tokoh barat untuk mencapai kemajuan. Klik di sini
Pak Natsir merupakan tokoh idola Anwar yang terkenal sebagai tokoh Islam tetapi memperjuangkan pluralisme.
Seterusnya Anwar menyebut dua tokoh yang amat dihormatinya itu Amatya Sen dan Edward Said. Amatya Sen berasal dari agama Hindu kemudian tidak menganut sebarang agama setelah berkhawin dengan Emma Rothchild (Yahudi). Klik di sini. Manakala Edward Said beragama Kristian tetapi lebih berfahaman humanis (kemanusiaan/semua agama benar)
Menurut Anwar, dia lebih tertarik dengan 'ulama' silam bernama Syah Waliyullah Dehlawi seorang yang berani memperjuangkan pluralisme, dengan menjaga kepentingan agama lain, berbanding dengan ulama sekarang yang lebih mementingkan agama sendiri. Anwar sempat menyindir, termasuk ulama-ulama dalam Shura dan PUM.
Menurut Anwar kepentingan menjaga agama lain sudah termaktub dalam perlembagaan iaitu menjamin kebebasan beragama.
Anwar juga turut menceritakan pengalamannya di Barat bergaul dengan paderi dan turut menghadiri upacara agama mereka. Menurut Anwar tindakan itu tidak salah, selagi tidak ikut serta mengamalkan agama mereka.
Jadi, apakah penilaian anda dalam menentukan hala tuju pemikiran Islam Anwar ini ? Adakah pemikiran ini sama dengan pemikiran Datuk Harrunsani, Dr Asri Zainal Abidin ?
Kalau tidak sama, apakah bentuk pemikiran itu?