Sheikh Raziq pernah menuntut di Universiti Oxford,dan mendapat ijazah kedoktoran di London di bawah bimbingan T.W. Arnold, seorang orientalis Kristian yang terkenal.
Dia merupakan tokoh yang paling kontroversi dalam dunia Islam. Pertama kerana dia hidup dalam dua zaman iaitu zaman Khalifah Uthamaniyah Turki dan zaman demokrasi Turki di bawah Mustafa Kemal Ataturk. Kedua kerana dia merupakan 'tokoh ulama' pertama yang 'memfatwakan' konsep Negara Islamtidak disarankan dalam Al Quran dan al hadis, bahkan dia merumuskan anjuran ajaran Islam adalah pemisahan antara agama dan pemerintahan (sekular).
Ali Raziq diupah Barat bela Kemal Ataturk
Setelah pihak Barat dengan sokongan Yahudi berjaya menumbangkan Khalifah Islam terakhir di Turki pada tahun 1924, ramai umat Islam di seluruh dunia bersimpati dengan keruntuhan kerajaan Islam Turki itu. Ketika itu umat Islam sibuk berbincang bagaimanakah untuk mengembalikan sistem khalifah Islam dan salah satu caranya, dengan menobatkan gelaran 'khalifah' kepada Malik Abdul Aziz bin Saud.
Arus penolakan terhadap kerajaan baru Turki yang menobatkan Mustafa Kamel Ataturk, sebagai Presiden Republik Turki juga semakin menebal di kalangan umat Islam. Umat Islam menolak kerana menyedari Kamel Ataturk adalah boneka Barat dan Yahudi yang berusaha mempraktikkan amalan demokrasi (sekular) di Turki.
Pihak Barat, khususnya Inggeris risau dengan momentum itu. Pada tahun 1925, pihak Inggeris telah menemui Raja Fuad (Raja boneka Inggeris di Mesir) untuk mencari jalan membendung kemarahan umat Islam itu.
Wakil Raja Fuad telah menemui Sheikh Raziq yang dilihat seorang yang opportunis dan pro-Barat untuk menulis buku bagi mengkritik pemerintahan sistem Khalifah dan membela pemerintahan sekular Kamel Ataturk.
Sheikh Raziq telah menulis buku bertajuk "al-Islam wa Usul al-Hukum" (Islam dan Dasar Pemerintahan), setebal 103 halaman yang menimbulkan kontroversi seluruh umat Islam.
Kandungan buku "Islam dan Dasar Pemerintahan"
Sheikh Raziq merumuskan di dalam bukunya bahawa Islam secara mutlak tidak menganjurkan penganutnya untuk menghubungkan antara pemerintahan(khalifah) dengan agama. Menurutnya, Islam menganjurkan bahawa khalifah dan agama adalah dua entiti yang terpisah (sekular) dan Islam tidak pernah menganjurkan slogan Negara Islam.
Menurutnya lagi Kekhilafahan Islam yang muncul dalam sejarah, bukanlah bercorak Islam (keagamaan), melainkan adalah warisan kerajaan Arab (kerajaan duniawi).
Pendapat Sheikh Raziq ini menurut Dr Dhiyauddin al Rais, adalah sama dengan sistem sekular yang termaktub dalam ajaran Kristian, Perjanjian Baru, Matius; 22:21 yang berbunyi,"Berikanlah kepada pemerintah apa yang wajib kamu berikan kepada pemerintah dan kepada Tuhan apa yang wajib kamu berikan kepada Tuhan" (Dr Dhiyauddin al Rais : "Islam Dan Khilafah", Pustaka, Bandung, 1985, hal 35)
Menurut Maryam Jameelah pula, buku Sheikh Raziq itu, merupakan serangan propaganda untuk menentang sistem khalifah serta mengajak umat Islam agar mengambil sistem sekularisme. (Maryam Jameelah : "Islam Dan Modernisme", AlIkhlas, Surabaya, 1982, hal 202).
Bermakna amat jelas penerbitan buku Sheikh Raziq ketika itu semata-mata untuk memberi imej positif kepada pemerintahan Mustafa Kamel Ataturk yang ditolak oleh majoriti umat Islam.
Ketika buku itu diterbitkan di Mesir, pada tahun 1925, kawan rapat yang sealiran pemikiran Sheikh Raziq, iaitu Dr Muhamad Hussein Haikal membela kebenaran hujah buku itu, sebaliknya Muhammad Rashid Redha, mengkritik buku itu yang dianggap sesat dan murtad kerana boleh menghancurkan hukum Islam dan syariatnya serta boleh memecahbelahkan kesatuan umatnya.
Menurut Rashid Redha lagi tiada seorang pun umat Islam sebelum ini yang berani menulis sedemikian rupa kecuali hanya Sheikh Ali Raziq.
Gelaran "Sheikh" dicabut, buku diharam
Ekoran penerbitan buku itu, Sheikh Raziq dipanggil oleh tribunal majlis ulama Al Azhar yang terdiri daripada 24 orang ulama di bawah pimpinan Muhamad Abul Fadhal Al Jiwazi pada 12 Ogos 1925.
Sheikh Raziq tiba dan mengucapkan Assalamu'alaikum, tetapi tiada seorangpun yang menjawab salamnya itu. Selepas itu, tribunal majlis ulama bertanya soalan-soalan yang memakan masa yang lama, namun kesemua jawapan Sheikh Raziq meragukan.
Akhirnya tribunal majlis ulama menjatuhkan hukuman kepada tertuduh (Ali Abdul Raziq) dengan mengeluarkannya daripada barisan alim ulama Islam. Gelaran "sheikh" yang pernah diberikan kepadanya sebelum ini dicabut, dan nama Ali Abdul Raziq dipadamkan dari daftar Universiti Al-Azhar Mesir dan organisasi-organisasi Islam yang lain. Bukunya itu telah diharamkan.
Kesan daripada hukuman itu Ali Raziq diputuskan gaji-gajinya dari tempat kerjanya dan mewartakan sebagai individu yang tidak layak untuk melakukan pekerjaan sebagai pegawai, sama ada dalam bidang agama mahupun bukan agama.
Hukuman yang dikenakan ke atas Ali Abdul Raziq itu sesuai dengan undang-undang Al-Azhar (1911), yang memberikan mandat kepada Hai'ah Kibaril 'Ulama (Badan Ulama Terkemuka) untuk mengeluarkan ulama yang tidak sesuai sifat kealimannya dari barisan ulama, dengan kesepakatan 19 badan 'ulama.
Hukuman itu berasaskan pandangan tujuh pandangan bahaya Ali Raziq dalam bukunya yang gagal dijawab iaitu;
1. Menyebut dalam bukunya, syariat islam sebagai syariat rohani yang longgar serta tidak mempunyai perhubungan dengan pemerintahan dan pelaksanaan hukum dalam urusan duniawi.
2. Menganggap Jihad (peperangan) pada masa nabi hanya berdasarkan aqal Nabi SAW semata-mata dan bukannya arahan daripada Allah SWT. Begitu juga dengan konsep zakat, jizyah, harta rampasan dan lain-lain.
3. Mendakwa sistem peraturan pada zaman Nabi SAW tidak jelas, meragukan, tidak stabil dan tidak sempurna.
4. mendakwa Nabi SAW hanya menjalankan misi dakwah dan tiada kaitan dengan pemerintahan.
5. Ali Raziq mengingkari kesepakatan (ijma') para sahabat Nabi SAW yang mengangkat seorang Imam yang mampu menguruskan permaslahan agama dan dunia.
6. Mempertikai sistem hukum dan keadilan Islam yang dianggapnya tidak mengikut syariat.
7. Mempertikai sistem pemerintahan Abu Bakar As shiddiq dan pemerintahan Khulafah Ar Rasyiddin yang menurutnya bukan sebahagian daripada peraturan Islam.
Ali Raziq terlibat politik pro Barat
Ali Raziq kemudiannya melibatkan diri dalam politik dengan menyertai parti keluarganya iaitu "Parti Hizb al Ummah" yang dipimpin olehPutera Hassan Pasha Abdul Raziq (boneka Barat) untuk menyokong Inggeris yang memerintah Mesir.
Parti itu berkembang di bawah naungan dan perlindungan Lord Cromer, Gabenor Jeneral Inggeris di Mesir. Parti itu turut bekerjasama dengan Inggeris untuk memisahkan pemerintahan Mesir daripada Turki. Semasa zaman Khalifah Uthamaniyah, Mesir merupakan salah satu jajahan takluk Turki.
Walaupun buku Ali Raziq diharamkan oleh para ulama Mesir, namun pihak Inggeris telah mengambil inisiatif sendiri menterjemahkan buku itu ke dalam beberapa bahasa asing bertujuan untuk mengembangkan pemikiran Ali Raziq ke seluruh pelusuk dunia Islam.
Ali Raziq disanjung kumpulan Islam Liberal
Syeikh Bukhait, Mufti Mesir membayangkan buku "Islam dan Dasar Pemerintahan" bukan ditulis oleh Ali Raziq. Begitu juga dengan pendapat Dr Dhiyauddin al Rais yang mengatakan kemungkinan besar buku itu ditulis oleh Thomas Arnold, tetapi menggunakan nama Ali Abdul Raziq. Hujah ini berdasarkan pengaruh Kristian yang menonjol di dalam buku itu dan fatwa-fatwa yang menyesatkan.
Inti 'fatwa' Ali Raziq memperlekehkan sistem pemerintahan khalifah setaraf dengan pemerintahan Pope pada zaman gelap di Eropah, yang mengakibatkan merebaknya kesesatan, kejahilan dan kesengsaraan rakyat. Ertinya pemerintahan khalifah/pope perlu ditukar dan diganti dengan pemerintahan sekular(demokrasi).
Ada yang berpendapat pemikiran Ali Abdul Raziq setaraf dengan Martin Luther, reformis Kristian (1483-1546) kerana konsepnya sama membawa pembaharuan dalam agama. Klik disini
Pengaruh buku Ali Raziq itu kemudiannya telah mendorong segelintir umat Islam untuk mencabar masalah-masalah pokok dalam Islam, institusi ulama dan keperibadian Rasulullah SAW. Golongan ini muncul di Mesir yang dikenali sebagai golongan al-'almaniyyun(sekularis)
Pada hari ini, seperti satu perancangan tersusun oleh pihak orientalis, sebaran dan intipati buku itu dikembangkan semula kes seluruh dunia Islam. Misalnya JIL (Jaringan islam Liberal) Indonesia berusaha mengangkat semula pemikiran Ali Abdul Raziq, melalui diskusi-diskusi ilmu anjurannya agar umat Islam Indonesia menolak sistem dan peraturan Islam. Klik di sini
Manakala di Malaysia, badan pemikir Anwar, IKD telah menterjemah buku itu ke dalam bahasa Melayu dan dicetak untuk sebaran umum rakyat Malaysia pada tahun 2004. Kos penterjemahan dan cetakan itu ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Kristian-Yahudi Jerman,
Konrad Adenauer Foundation (KAF). Klik di sini
Bukan setakat itu, IKD nampaknya terlalu ghairah mempromosi pemikiran Ali Raziq menerbitkan buku susulan bertajuk "Polemik Islam & Dasar Pemerintahan", terbitan IKD & KAF, 2007. Klik di sini
Pegawai IKD, Amir Sari (sekarang YB Amiruddin Shaari) turut mengembangkan pemikiran Ali Raziq kepada khalayak terbuka dengan menulis rencana di Utusan Malaysia. Klik di sini
Maka tidak menghairankan jika Khalid Jaafar, Pengarah IKD pernah berkata, kalau Nabi Muhamad SAW masih hidup, perananya hanya sama dengan DO Bukit Beruntung. Klik di sini
Begitu juga majikan Khalid Jaafar iaitu Anwar Ibrahim, ahli lembaga Pengarah IKD seumur hidup pernah memuji Salman Rusdie sebagai penulis mendalam (profound) ketika penulis itu mengecam Nabi SAW dalam surah-surah syaitannya. Klik di sini
Bagaimana pula dengan pemikiran Anwar berkenaan sistem Khalifah ?
Anwar sendiri dalam ucapannya di New York, 1 Disember 2005, menegaskan bahawa dia dan rakan-rakan sealiran dengannya tidak sesekali akan menyokong sistem khalifah. Baginya sistem khalifah penuh dengan korup, dan tidak berperikemanusiaan!
Menurut Mshari Al-Zaydi, kerangka pemikiran Ali Abdul Raziq sama dengan kerangka pemikiran Islam Moderat yang dirancang oleh RAND Corporation. Klik di sini. RAND Corporation juga pernah memuji kerangka pemikiran Anwar Ibrahim dalam bukunya "Building Muslim Moderate Network". Klik di sini