Jawatankuasa kuil akan bertahan sehabis-habisan hingga ke titisan darah terakhir seperti penyokong Pas yang menyokong fatwa tok guru mereka.
Beberapa contoh kuil yang berjaya dikekalkan ialah yang berada di lokasi Mid Valley Mega Mall. Bngsar. Bangunan kuil tersebut terus kekal hingga hari ini dan rekabentuk serta hiasan dalaman dianggap salah sebuah kuil yang tercantik dan pernah dimuat dalam satu majalah arkitek dalam bahasa Inggeris keluaran luar negara.
Satu lagi ialah kekal ialah yang berhampiran lebuh raya ke Putra Jaya berhampiran Uniten Kajang masih kekal walaupun dibina lebihraya disisinya.
Persoalan timbul ialah kuil tidak boleh diubah, diroboh atau dipindahkan. Di Taiping terdapat sebuah kuil yang dibina secara haram di tapak kuari milik JKR yang terletak bersebelahan Taman Dato Seri Razak Jalan Kamunting Lama. Satu ketikan sebahagian premis kuil tersebut telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Taiping. Tetapi seperti biasa dengan campur tangan politik ia dapat dikekalkan sampai hari ini dan saiz semakin membesar secara beransur-ansur.
Begitu juga halnya denga kuil yang terletak di dalam kawasan Hospital Daerah Taiping. Sewaktu ketika dahulu kawasan hospital tidak berpagar dan terdapat sebuah pokok besar yang berhampiran sebuah sekolah menengah yang ternama di Taiping. Bermula dengan cuma sebuah kuil kecil, hari ini difahamkan jawatankuasa kuil tersebut sudah berjaya memiliki hak milik kekal dan saiz bertambah besar dan akan terus besar.
Dari contoh-contoh di atas menjelaskan bahawa sebuah kuil yang telah terbina atau wujud secara haram atau halal , tidak boleh diroboh atau dipindahkan. Ia mesti kekal dimana ia bermula dan kerajaan mesti memberi hak milik atau geran tanah yang sah.
Apabila isu perpindahan kuil dari SS 19 ke SS 23 di Shah Alam telah memberi satu impak baru bahawa sebuah kuil hindu boleh dipindahkan dan selepas ini TM berharap lebih banyak kuil-kuil yang haram dapat dipindahkan secara berkelompok . Ertinya kerajaan menyediakan satu kawasan yang boleh menempatkan semua jenis kuil-kuil di satu lokasi dan ini lebih memudahkan penganut hindu untuk melawat kuil-kuil mereka dalam satu kawasan.