Jumaat, 25 September 2009

PRK N31 : BN PUNYA RAMAI CALON



Pemerhati , penganalisis dan veteran Umno seperti Tun Dr Mahathir telah pun memberikan pendirian masing-masing terhadap bakal calon BN. Tan Sri Isa Samad adalah calon favorite yang disebut-sebut untuk mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang. Pro dan kontra tetap ada.

TM ingin menyatakan bahawa Umno atau BN tidak ketandusan calon di N31. BN sebagai parti yang memerintah mempunyai ramai kakitangan awam yang cukup berkaliber dan cukup syarat untuk dicalonkan sebagai wakil BN. Mereka tidak perlu aktif sebagai ahli Umno atau mana-mana parti dalam komponen BN.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Taib Mahmud cukup arif dalam soal ini. Sejak mengambil alih pentadbiran Sarawak sejak tahun 80an beliau telah memilih ramai kakitangan kerajaan negeri Sarawak untuk bertanding dalam PRU samada peringkat Parlimen mahupun peringkat DUN.

Sebagai sebuah negeri yang pesat membangun, Taib Mahmud memerlukan cerdik pandai yang boleh mentadbir negeri dengan baik. Sudah tentu mereka yang terpilih itu adalah yang telah berjaya dalam pendidikan dan kerjaya mereka: dan mereka ini tidak aktif atau tidak melibatkan diri secara serius dalam parti terutamanya PPB kerana tugas mereka adalah lebih tertumpu kepada pelajaran dan kerjaya mereka. Bagaimana pun mereka tidak menghadapi masalah dalam parti politik kerana mereka diterima baik oleh parti yang mereka wakili.

Dr Leo Toyad (Muhammad) ada lah contoh yang baik yang TM kenali. Beliau ada doktor perubatan dan ketika namanya dipilih untuk menjadi calon ahli parlimen kawasan Mukah, beliau baru saja menyambung tugas sebagai doktor perubatan (pakar ongkology) selepas membuat Sarjana. Pada PRU tahun 1985, Taib Mahmud telah memilih beliau untuk kerusi Perlimen Mukah dan sehingga hari ini sudah 5 penggal beliau berkhidmat. Bersih, cekap dan amanah itulah pegangan beliau. Hari ini Dr Muhammad Leo Toyad adalah orang nombor 2 dalam parti PPB. Insyallah jika sampai ketentuan Allah Dr Muhammad Leo akan menjadi Ketua Menteri Sarawak. Ramai lagi ahli wakil rakyat di Sarawak yang datang dari kakitangan kerajaan.

Negeri Sembilan juga tidak ketandusan tokoh. Port Dickson adalah bandar tentera. Maka Perdana Menteri DS Najib yang amat dekat dengan tentera kerana pernah menjadi Menteri Pertahanan yang berjaya satu ketika dahulu, boleh memilih salah seorang pegawai kanan tentera sebagai calon Dun 31.

Seandainya telahan TM menjadi kenyataan, Anwar XXX dan Nik Aziz XXX akan terjun Sungai Bagan Pinang.