Ahad, 27 September 2009

NIZAR KUDIK: NIK AZIZ TERASA BAHANG AZAB KUBUR

Tiada serangan peribadi, hormati aidil fitri, begitu lah pesanan Nik Aziz kepada penceramah Pas yang akan menjalankan tugas mereka di Bagan Pinang. Akan tetapi percayalah bila Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng dijemput naik ke pentas, sudah tentu akan berubah sama sekali. Anwar telah menunjukkan belangnya di Permatang Pasir pada bulan puasa, dia seolah dirajuk jembalang sewaktu berceramah di sana.

Nik Aziz mungkin mendapat mimpi ngeri bagaimana seksanya nak mati atau bagaimana seksa azab kubur. sebab tu dia mengingatkan penceramah parti Pas supaya tidak menghamburkan kata-kata kesat yang menyerang peribadi lawan sepanjang kempen PRK N31 nanti.

Ini bermakna Seandainya TS Isa Samad menjadi calon, Pas tidak akan cerca keperibadiannya. hua hua hua...Memangpun Apa nak di kritik TS Isa. dia bukan kawin 2 atau bukan kawin orang Kemboja. Tak ada ruang untuk Pas mencela beliau.

Nik juga berpesan supaya tibai Umno sampai jatuh ke tanah kerana UMNO SESAT, tak bawa orang ke mana-mana.

Satu ketika dahulu Nik pernah terlantar sakit di hospital kerajaan yang tak bawa apa-apa kepada rakyat. Semasa terlantar sakit mungkin dia rasa azab yang bakal diterima nanti kerana puas sudah memaki hamun orang Umno. Mungkin Nik juga dah tengok ramai orang-orang Pas yang tukang kapirkan Umno, ramai yang seksa masa nak mati. Sebaliknya orang Umno yang di caci maki meninggal dengan aman, meninggal di waktu yang baik. Ini yang menggerunkan Pas.

TM mempunyai ramai juga saudara mara yang otodok Pas sejak azali. mereka ni kapir mengkapir memang tak lekang di mulut. Umno majusi, yahudi, Tunku Abd Rahman kapir Umno kapir. Sedihnya TM melihat mereka nak mati...seksa....

Eloklah Pas bermuhasabah dan insaf diri. Pas punya perjuangan sudah kabur , keliru dan celaru, Nik Aziz cakap Pas Iseelee, Nizar kata Cari dalam mana-mana manuskrip yang menyatakan Pas akan menubuhkan negara Islam, Dr Harun Din kata Kita akan tubuhkan negara Islam, Dr Azizan kata Hudud belum sesuai dilaksanakan di Kedah. Ini dari kumpulan boleh pakai. Kumpulan haprak Pas pun ada juga. Nak tahu siapa? tak perlu sebut lah...semua orang sedia maklum.

Dulu selepas keluar dari Umno, Pas kata Umno kapir kerana berkawan dengan Mca. La ni Pas sendiri yang berpelukanan dan berkawan dengan kapir. Kapir harbi lagi....yang ada dalam Dap dan Pkr. Tak percaya? Bukankah Dap menentang penubuhan negara Islam? Hindraf dalam Dap dan Pkr pun anti Islam. Gerakan masonic dalam Pkr pun terang-terang menentang Islam. Anwar sendiri pun menentang Islam. Haaa...Nak kata apa lagi.....