Ahad, 27 September 2009

NIZAR KUDIK: SAMY VELLU YANG HENSEM LAGI HARTAWAN DAN JUTAWAN

30 tahun menjadi orang nombor 1 dalam MIC dan menyaksikan parti kedua yang menyertai Perikatan itu berpecah dan terus berpecah.

Hari ini satu lagi parti baru wujud dikalangan kaum India. Makkal Sakhti yang juga serpihan Hindraf telah berjaya dalam menubuhkan parti mereka. Tahniah, bukan kerja senang nak menubuhkan sebuah parti politik.

TM pun kalau boleh nak tubuh sebuah parti. Bukan parti tapewer atau parti santan. tetapi parti politiklah. Kalau sokong BN mungkin tak ramai pengikut tetapi kalau sokong Anwar mungkin Dap dan Pas akan menyokong dan menyalurkan bantuan kewangan. Boleh dapat fund dari Barat. Apa tidaknya , jika nak menjatuhkan kerajaan UBN memang dunia Barat akan sokong. Begitulah dengkinya mereka kepada UBN (Umno dan BN) Hari ini Umno merupakan parti yang paling lama memerintah sebuah negara. LDP satu ketika dulu merupaka parti yang lama memerintah akhirnya kecundang juga. Mana Guines book of record? Bila nak bagi sijil rekod dunia kepada Umno?

Berbalik kepada MIC, dulu DS Samy kata dia akan lepaskan jawatan kepada orang yang dipercayai. Datuk G. Palanivel berjaya mempertahankan kerusinya sebagai orang no 2 dan sudah tiba masanya DS Samy melepaskan jawatan, BUKAN BERCUTI.

Rata-rata orang India sudah bosan dengan Samy Vellu. kemunculan Hindraf juga dikatakan kerana keengganan Samy untuk berundur. Wahai DS yang hensem rambutnya. bajunya pun bergaya dan berjenama. Berundurlah, dengarlah apa yang Tun Dr Mahathir cakap. Jangan tunggu lagi.

Satu persoalan yang bermain di minda. S. Sothianathan bertanding merebut jawatan no 2 tu siapa yang punya idea. Mungkin juga DS Samy yang cadangkan dia bertanding supaya Datuk Pala kalah dan DS Samy boleh kekal lama lagi....heheh...itu cuma tekaan saja.

Di India ada seorang Ketua Menteri yang datang ke dewan terpaksa di usung dengan kereta sorong macam Kapal Sing lah. Sekarang bawa dua anak pula masuk politik dan menang. Sampai mati lah dia jadi menteri agaknya. So jangan lah jadi macam tu.., Senario politik di Malaysia tak sama dengan di India.