Beberapa hari lepas, Taiping dilanda hujan lebat. Seawal jam 4.00 pagi hujan sudah mula mencurah ke bumi. Taiping merupakan bandar yang paling banyak menerima hujan di Malaysia. Menariknya selepas hujan Bukit Larut akan kelihatan bersih berseri-seri. Boleh nampak Hotel atau motel baru yang dibina di atas bukit sana. Dengar khabar ia adalah projek seorang usahawan melayu yang amat berjaya di Taiping. Tak payah lah sebut namanya di sini. Namun dalam kesejukan isu-isu panas mengambil tempat di meja-meja warung pada sebelah malam bagi yang beragama Islam dan lain-lain seperti biasalah.
Isu yang diperkatakan ialah minyak Ron 95. Ramai belum yakin dengan keupayaan minyak ini. Kenapa kurang yakin? Jawabnya ialah rakyat kita masih kurang budaya membaca. mereka lebih suka mempercayai apa orang kata. Hari ini TM dengan begitu yakin mengisi penuh tangki MPV dan tidak ada kemerosotan pun dari segi kuasa dan telah diterangkan kereta sport yang mahal seperti Honda Civic Type R pun boleh menggunakannya. Apa lagi kereta made in Malaysia yang ramai penggunanya. No harm lah dengan RM 1.80 sen selitar. Makan nasi kedai mamak pun boleh cecah RM 10 ringgit sepinggan. Orang kita kaya-kaya, Kalau Pas kata orang Umno kaki rasuah dan berumah besar serta kereta besar. Maka orang Pas, Pkr yang hidup mewah, terbang keluar negara setiap bulan, makan dihotel mewah, tinggal di rumah agam, pandu MPV CBU dan kereta CBU tu datang dari mana pulak ? Sedangkan mereka mengaku mereka bersih dan telus. Kalau telus cuba terangkan..
Isu usung kepala lembu belum reda, yang pening ialah pihak polis. setakat petang tadi polis telah menerima 53 aduan dari pelbagai pihak. Masa Shamsul budak Pkr yang terkencing dalam seluar tu usung kepala lembu dengan badan dan kaki kaki sekali tidak pula menjadi isu.
Esok 2 September Sivakumar bekas speaker Perak akan mengetuai persidangan dewan babi pasir berdengung di market babi Ipoh. Sama-sama lah kita ke sana untuk buat liputan.
Lusa 3 September bersambung sebutan kes terlewat dan tertunda DS Anwar, harap tidak ada pihak yang sakit. Harap ada yang berhimpun dan memberi sokongan kepada Saiful.
Rohaizad calon BN Permatang Pasir hari ni macam mana lah keadaannya. Harap dia tenang menerima segala ujian hidup. Dengar cerita ada lagi kisah-kisahnya bakal didedahkan kepada umum. Tu lah kalau dah ada masalah jangan lah seronok nak jadi wakil rakyat.
Berita sedih terus menyelubungi pihak Pas dan Pakatan Rakyat kerana SPR mesih mengekal adun Kota Seputeh. Satu kekalahan kepada Pas dan yang pastinya SPR akan menjadi sasaran mereka selepas ini. Adun Galas pulak bagaimana halnya?
Berbalik kepada isu kuil yang pasti YB Khalid Samad dan YB Rodziah akan dipanggil mengadap oleh Taiko Un-war. seperti mana MB Azizan dan Dr Hassan Ali kena mengadap. Dalam Pakatan Rakyat tidak ada orang yang boleh bercakap dalam sesuatu isu kecuali taiko alsodomy. Segarang-garang atau secengi cengi Azizan dan Dr Hassan Ali pun tunduk dengan alsodomy.
Berita panas hati pulak ialah blog TM semalam kena attack oleh puak-puak yang kurang senang kerana TM mengkritik hebat Facebook puak-puak balik sana. Banyak cerita menarik dari FB. dan akan didedahkan masa akan datang.
Kisah Kpg Buah Pala hari ini menjadi lebih menarik. Penduduk kampung sudah membawa poster PM DS Najib. Apa cerita? dulu kes roboh rumah di Kampung Berembang Selangor, kita dapat lihat bendera Pas, Dap dan Pkr. Is sudah terbalik bagi Kg Buah Pala. Hoi mana pergi Sallehhudin Ayub. Pergilah bela penduduk tu...kesian mereka, dah lama menanti kehadiran YB Sallehuddin Ayub...
stop..