Selasa, 1 September 2009

Arak kepala lembu malukan umat Islam

Oleh Mohd Zuharman

Wat Phothivihan di Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan adalah antara patong Buddha yang terkenal di Kelantan. Ia kekal di negeri yang diperintah oleh parti Islam, PAS. — Gambar oleh Mohd Zuharman

KOTA BHARU, Sept 1 — Demo mengarak kepala lembu berdarah tidak selesai di Shah Alam sahaja bahkan semua pihak ingin memberikan pandangan masing-masing.

Ini kerana demo yang secara kasarnya memperlihatkan kemarahan umat Islam setempat kepada kerajaan negeri yang didakwa menyokong penganut agama Hindu, tidak boleh diterima oleh Islam itu sendiri.

Bagi mereka, tindakan ini bertentangan dengan Islam sendiri kerana asas rujukan Islam sebenar iaitu Al Quran menolak tindakan sedemikian.

Di Kelantan, negeri yang sekian lama diperintah oleh parti Islam, PAS, tindakan itu ditolak oleh kebanyakan pemimpin mereka.

Bekas Pengerusi Abim Kelantan, Datuk Mohamad Mustafa yang kini Adun PAS Demit, Kelantan, berkata tindakan menghina agama Hindu dengan mengarak kepala lembu ini bertentangan dengan ajaran Islam.

“Mereka ini cuba menunjuk hero apabila mencanangkan merekalah pembela agama tetapi langkah membawa kepala lembu yang diletakkan di pejabat SUK Selangor adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan memalukan umat Islam di negara ini,” ujarnya lagi.

Pandangan beliau ini selaras dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan dalam toleransi beragama. Di Kelantan ada kuil dan patung Budha terbesar di Asia Tenggara dan kekal di situ sehingga kini walaupun PAS sudah berpuluh tahun memerintah negeri itu.

Oleh itu, jika tindakan mengarak kepala lembu dan menghina agama Hindu mahu dikaitkan dengan Islam ia ternyata meleset bahkan ia sebenarnya ada motif lain.

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menyarankan agar semua pihak bertindak secara bijaksana, tidak terpengaruh dengan unsur emosional dalam menilai kebenaran sesuatu berita sebelum mempercayainya secara keseluruhan.

Saranan demikian dibuat ekoran tekanan politik pihak tertentu yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk sentuhan sentimen seperti mencetuskan isu perkauman dan isu agama peri mengembalikan kuasa yang hilang.

Bagi beliau, apa yang berlaku adalah kemungkinan adanya kumpulan tertentu bersama agendanya yang tersendiri di sebalik perbuatan itu yang sengaja mencuri kesempatan politik bagi memprovokasi satu pihak lain dengan mengapi-apikan isu perkauman masyarakat dalam negara melalui isu tersebut.

Sehubungan itu beliau meminta pihak polis bertindak segera menangani isu berkenaan bagi mengelak timbulnya impak yang lebih buruk antara hubungan kaum.

Husam menegaskan kegagalan polis berbuat demikian boleh menimbulkan kecurigaan yang lebih besar. Malah membiarkan peristiwa ini berlaku sekaligus menunjukkan kelemahan inteligent polis samada dari sudut kemahiran ataupun sikap yang tidak jitu dalam etika kepolisannya.

Di samping itu beliau kagum serta menghormati sikap bertenang yang diambil oleh penduduk Selangor samada dari kalangan orang Islam mahupun bukan Islam dalam menghadapi isu berkenaan.

“Mereka tidak bertindak negatif. Keadaan itu menandakan kepercayaan rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat tetap teguh, sukar dikhianati dengan mudah oleh mana-mana pihak,” kata Husam semasa ditemui selepas majlis berbuka puasa di Dun Semerak, Pasir Puteh dekat sini.

Jumaat lepas media melaporkan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam bersama beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor bagi membantah langkah kerajaan negeri mahu memindahkan kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.

Manakala Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd Jurit Ramli berkata, beliau difahamkan kepala lembu itu sebagai simbol pemimpin yang dicucuk hidung. Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa membawa kepala lembu itu bukan inisiatif pihaknya.

Dalam pada itu Husam percaya orang yang bertanggungjawab membawa kepala lembu dalam perarakan tersebut sengaja ingin menimbulkan huru hara di kalangan masyarakat dengan hasrat untuk merampas kerajaan Selangor.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

ULASAN TM

Penduduk yang buat demontrasi sebenarnya bukan marahkan penganut hindu sangat tetapi mereka lebih marah kepada kerajaan negeri dan wakil rakyat mereka yang enggan menerima pandangan mereka. Kehadiran kepala lembu yg dianggap ajaib tu mungkin datangnya dari idea salah seorang penduduk atau peniaga daging. Kepala lembu ini bukan boleh buat apa. hanya buat sup saja. mungkin adalah mamat yang terlintas idea nak buat gimik bagi gah sikit maka dia pun memabawa lah kepala lembu tersebut.

Jika isu membawa lembu nak di polimikan, rasanya tak kena lah. Kalau PKR pernah membawa lembu berarak ke pejabat SPRM kononnya untuk menyamakan kakitangan SPRM dengan lembu apasalahnya kali ini penduduk SS 23 pula memulang paku buah keras kepada PKR dengan hanya membawa kepala lembu ke pejabat kerajaan negeri yang bertujuan untuk menyamakan Khalid Samad dan Rodziah seperti seekor lembu di cucuk hidung.

Apa nak bising-bising, Hari ini akhbar tabloid pro pembangkang mengkritik hebat demontrasi tersebut kononnya tidak bertamadun. TM nak tanya sikit selama ni puak pembangkang membuat bermacam-macam demontrasi tu , bertamadun kah?

Nik Nazmi dan beberapa yang lain dari komponan PR dengan mudah menuding jari ke arah UMNO. Kalau ia pun apa salah nya. mereka mempertahankan hak mereka.

Isu kuil ini amat sensitif, kalau kita bercakap orang label kita rasis. perkauman dan anti itu dan ini. Kaum hindu yang sebaik-baiknya hendaklah tidak sewenang-wenangnya membina kuil sesuka hati. Sebarang bentuk binaan hendaklah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.

Di Taiping bilangan kuil hindu ini amat merimaskan. Seorang sahabat cina TM berkata "tokong cari makan, ia juga termasuk tokong cina yang bersepah" semua ini mengundang masalah.

stop, cukup takat tu. lagi panjang lagi panas.