52 tahun berlalu, tarikh keramat 31 Ogos 1957 dikenang semula. Tarikh yang menandakan kemerdekaan, bebas dari penjajahan British. Itu cuma tarikh simbolik. Penurunan kuasa sepenuhnya kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.(Malaysia) mengambil masa yang agak lama. Secara beransur-ansur segala urusan pentadbiran diambil alih oleh kita.
52 tahun membangunkan negara dalam aspek sosial, ekonomi dan politik bukan lah mudah. Sebagai syarat kemerdekaan jus soli menjadi asas utama kerakyatan negara, perlembagaan Persekutuan juga telah di persetujui oleh ketua=ketua kaum yang yang terdiri dari berbagai bangsa yang telah mengikat janji untuk sama-sama menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu ini
Untuk membangun kan negara satu perancangan jangka panjang telah dibuat oleh pihak kerajaan. bermula dengan Rancangan Malaysia pertama hinggalah Rancangan Malaysia ke 9 dan mungkin ke 100 insyaallah jika Allah mengizinkan.
Satu persatu kemajuan dan pembangunan dirancang dan di laksanakan. Membasmi kemiskinan dan membangun kan sistem pendidikan telah menjadi agenda utama negara. Sistem perundangan yang diamalkan masih lagi mengguna pakai sistem kolonial dan pada akhir 60an wanita Umno telah berusaha memperkenal kan undang keluarga berasakan sistem Islam dan bermula sistem perundangan syariah di negara, walaupun masih banyak yang perlu dimurnikan.
Membangun kan syiar Islam telah menjadi keutamaan sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan. Perlahan-lahan sistem pentadbiran Islam mengambil tempat. seperti contoh yang paling mudah ialah meletakkan tarikh hijrah diatas tarikh masihi dalam urusan kerajaan. Akhir sekali dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kaum Cina dan India serta lain-lain kaum bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa halangan dan sekatan. Indahnya Perlembagaan Persekutuan.
Pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara telah direalisasikan berdasarkan penyata-penyata Barnes dan Fen Wu, Rahman Talib dan Penyata Razak. Kejayaan sistem pendidikan negara telah berjaya membangunkan modal insan dalam pelbagai aspek. Jurang pendidikan luar bandar dan bandar telah dikurangkan.
Hasilnya nyata dan seperti Idris Jala, anak Kampung dari Bario Sarawak kini bertaraf menteri setelah menempa nama dalam Shell dan Mas. Malah ramai lagi ahli akademik yang menjadi doktor dan profesor adalah anak-anak rancangan tanah berkelompok yang hidup dengan selipar Jepun, lastik, pisau getah, ikan keli dan cangkul. Hari ini mereka hidup selesa di bandar bandar seperti Shah Alam, Bangi , Taman Tun , PJ , Kemensah Height dengan rumah dua tiga tingkat, memiliki barisan kereta-kereta mewah hasil kejayaan sistem pendidikan yang di perkenalkan oleh negara.
TM masih ingat untuk ke Kuala Lumpur hanya menggunakan keretapi. Sehari dua kali. 11 pagi dan 11 malam. Jalan raya memang ada tetapi tidak ada sistem pengankutan awam seperti sekarang. Kalau naik bas mungkin berhari hari, Berkereta? berapa kereta yang memilikinya. Jika ada pun seperti dalam cerita cerita Ramlee. Tak ramai yang berani dan sanggup memandu kereta dari Utara ke selatan atau ke pantai timur. mahu tak mahu keretapi lah menjadi keutamaan.
Jika nak diceritakan akan kemajuan yang kita kecap tiga hari tiga malam tak habis. Itu dari aspek sosial dan ekonomi.
Paling menyesakkan nafas bila bercerita bab politik. Rasanya telah banyak kali TM mengulang bab bab ini, bukan apa , ianya hanya satu, untuk peringatan anak cucuku. Bab politik melibatkan berbagai kaum dan agama.
Bersyukur kerana Melayu dengan agama Islam , Cina dengan ajarannya atau Budhanya, India dengan agama Islam dan Hindunya tetapi dengan kerjasama yang baik antara Umno, Mca dan Mic , satu masyarakat majmuk yang berbilang budaya telah dapat hidup dalam suasana muhibbah dan semangat kekeluargaan atau lebih tepat lagi hari ini disebut Satu Malaysia.
Satu Malaysia yang disebut oleh Najib bukan satu benda baru. Tetapi tadi TM melihat iklan Digi di tv amatlah mengecewakan begitu juga iklan dalam akhbar. Ia seolah olah memperlekeh kan '1 Malaysia' . Hairan, bagaimana filem tersebut boleh diluluskan penayangan nya, atau TM yang silap mentafsirnya,
Kita semua maklum parti Pas telah ditubuhkan pada tahun 1955 kerana kekecewaan dalam Umno. Sehingga hari ini Pas telah menjadi duri dalam daging. Agenda mereka mudah , ingin menjatuhkan kerajaan Umno atau Perikatan. Umno dilabelkan sebagai Kafir kerana bersama Mca dan Mic. Penubuhan Parti Negara juga menjadi satu ancaman kepada Perikatan. Makin hari makin banyak parti politik yang ditubuhkan hasil perpecahan parti-parti besar. Parti-parti ini lebih bersifat pembangkang. Namun sebahagiannya telah menukar haluan dan menyokong Perikatan. contohnya ialah PPP, Gerakan, dan beberapa lagi parti di Kepulauan Borneo.
Duri dalam daging terus menjadi barah yang hanyir dengan wujudnya parti keadilan. Parti Keadilan lahir dari perasaan dendam akibat pemimpin yang dipecat oleh Umno, parti serpihan ini terus bergabung dengan sebuah parti fahaman Sosialis Rakyat Malaysia atau mudahnya parti pro Karl Marx. Maka wujudkan sebuah Parti Pro Yahudi dan Freemason yang dikenali sebagai PARTI KEADILAN RAKYAT. Ditokok lagi dengan kehadiran Dap yang ingin menjadikan Malaysian Malaysia. Akhir sekali Pas yang mendakwa parti islam tulen telah diperkudakan oleh parti-parti fahaman Marxis dan radikal ala-komunis. Empat parti politik radikal telah bergabung dengan nama Pakatan Rakyat.
Apa kesudahannya? sama-sama kira fikirkan demi anak cucu kita mungkin untuk 100 tahun lagi jika dunia belum kiamat.