Ahad, 25 Oktober 2009

NIZAR JAMELUAT: NIK AZIZ INGIN MATI BERSAMA PAS

Jika sebelum ini orang Pas menghina Umno, kononnya Umno yang sedang nazak akan ditalqinkan dan dikuburkan sebelum PRU 13. Umno akan 'be end'. Umno menuju kehancuran dan sebagainya.

Tak sampai setahun bermuktamar Pas sendiri yang akan hancur. PRU 11 Pas Kelantan sudah rebah dan nazak di pintu kubur. Akan tetapi suntikan semangat baru dari pemikir-pemikir yahudi Pas berjaya bingkas bangun dengan ideologi yahudi yang menghalalkan cara semata-mata untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang menggutamakan pembangunan insan dan pembangunan sistem Islam.

Hari ini manusia yang mencanangkan hudud dalam skop yang jumud telah hilang pertimbangan. Mana muzakarah, mana majlis syura? semuanya gagal menangani krisis yang sebesar kelumit itu. Inikah parti yang bercita-cita bersar untuk memerintah sebuah negara?
Jawapannya tentulah tidak mungkin. Mana mungkin sebuah parti yang bercakap besar dan penuh kesombongan tiba-tiba menyerahkan jawatan ketua pembangkang di parlimen kepada seorang bekas banduan. Jika mereka berkuasa dalam negara nanti , tidak mustahil dengan mudahnya mereka menggadaikan tampuk pemerintahan kepada sesiapa saja yang pandai menipu mereka seperti mana Dap dan Pkr menipu Pas hari ini. Fikirkan lah.

Nik Aziz mahukan EGM kerana bisikan setan Aljub ke telinganya yang ingin menyingkirkan pemimpin-pemimpin Pas pro-Hadi Awang.
Di sini ia menggambarkan betapa tidak warasnya pemikiran Nik Aziz yang bergelar tok guru tetapi gagal menggunakan kewarasan fikiran dalam menyelesaikan masalah secara kekeluargaan dan cara yang lebih bijaksana.

Atau Pas tak faham akan erti sebuah sistem politik demokrasi. Andainya Nik dan kumpulan erdogan Husam Musa tidak berpuas hati dengan kekalahan dalam muktamar baru-baru ini, mereka hendaklah bersabar untuk musim pemilihan berikutnya. Bukan buat kacau seperti sekarang. Dulu Nik tak sebegini rupa, tetapi setelah berbaik dengan Aljub segala-galanya berubah. baik percakapan dan perbuatan. semuanya menjadi radikal dan aggresif. Tidak hairan lah jika Pas hari ini boleh dilabelkan sebagai Militan kerana ketua mereka bersikap begitu.

Nik!! kalau nak mati pun , mati lah sorang-sorang, Jangan matikan Pas. Umno perlu kepada Pas. Tun Mahathir pun pernah kata dulu. "Pas penting, kalau tak ada Pas orang Umno malas kerja jadinya, semua ok. tak ada orang dok perati dan dok tegoq"