Isnin, 23 November 2009
Macam mana dengan lauk pauk dan kedatangan tetamu?
Pasangan pengantin Amer Aizat Mahamod, 25, dan Nurhasliza Mat Lazim, 25, tetap meneruskan majlis persandingan mereka meskipun terpaksa meredah banjir yang melanda perkarangan kediaman pengantin perempuan di Kampung Sungai Ular, Kuantan di sini semalam. Pasangan yang bertugas sebagai juruteknik di Pulau Pinang itu mengambil keputusan untuk meneruskan juga majlis itu memandangkan segala persiapan telah dibuat sejak awal lagi. Meskipun air melimpahi di seluruh kawasan itu namun majlis tetap berlangsung dengan meriah dengan kehadiran kira-kira 200 orang tetamu.