Ahad, 22 November 2009

NIZAR HOK HEK : JUTAWAN PENYAMUN (klik)

DALAM kegilaan Nizar Jamaludin mengutip wang untuk PAFA (dengan membebankan rakyat dan peminat bola Perak),menjadi mangsa. Maklumlah sejak Nizar jadi presiden kakitangannya melancong ke luar negara guna RM500,000 duit persatuan itu.

Kini setelah persatuan kering duit dan dalam usahanya menyembunyikan "tembelang"nya, dia tuduh kerajaan negeri tak mahu tolong sebab Dr Zambry nak jadi presiden PAFA. Bekas MB Perak itu patut sedar bukan semua orang gila kuasa macam dia.

Bukan semua orang sanggup gadai maruah bangsa dan agama semata-mata kerana nak jadi MB atau jadi presiden persatuan. Dan yang penting bukan semua orang macam dia sanggup jilat ponggong Ngeh dan Nga kerana tamakkan kuasa, serta bukan semua orang sanggup "jual agama" macam dia.

Yang penting Dr Zambry dah sebut berkali-kali beliau tidak berhajat menjadi presiden PAFA. Menteri Besar Perak itu berpegang pada janji. Kawan-kawan yangmengenali beliau zaman beliau Ketua Pemuda, jadi tahanan ISA, jadi Adun, jadi wakil rakyat, jadi exco dan jadi MB tidak pernah pun beliau mungkir janji.

Tetapi dalam perbualan saya dengan orang yang mengenali Nizar termasuk sahabat keluarganya, Nizar hari ini bukan seperti Nizar yang dikenali dulu. Nizar sekarang macam hilang pertimbangan dan mengamalkan matlamat menghalalkan cara.

Jadi pada bloggers Pakatan tak payahlah nak spin kononnya Dr Zambry ada hati nak jadi presiden PAFA. Pada Nizar bila orang suruh berhenti tu berhentila. Don't overstay your welcome dan janganlah terus nak perasan.