Pas mungkin tidak berasa gusar, yang gusar ialah pengundi PRU 12 yang ditipu oleh Pas, contohnya ialah. Undilah calon Islam dan bukan calon Kapir, Ini yang digunakan oleh Nizar di Permatang Pasir. Akhirnya Nizar berkiblatkan kepada kapir juga
Buat masa ini perpecahan tidak akan berlaku. Jika PAS yang keluar dari pakatan, PAS yang akan rugi. Jika DAP keluar, DAP akan rugi. Begitu juga dengan Parti KeADILan Rakyat.
Tak jadi kapir kah Pas , dulu kapirkan Umno kerana menerima MCA dalam Perikatan.
Buat masa ini, jika ada mana-mana parti gabungan pakatan, yang mahu membuat haluan tersendiri, mereka akan ditolak oleh rakyat berbilang kaum dalam negara.
Rakyat tolak? Tak mungkin , rakyat suka lagi ada. Amboi...bijak sungguh bermain dgn kata-kata....
Ingat, negara tidak akan terbina dengan hanya kekuatan satu-satu kaum sahaja. Semua kaum memerlukan sokongan antara satu sama lain untuk hidup aman makmur.
Wah,,sejak berkawan dengan kapir sudah pandai main ayat ini. Tulah, dulu dok kutuk Umno sangat. La apa jadi, jilat balik lah,,,,
Justeru, apabila Pakatan Rakyat dibentuk, hasil kepercayaan rakyat kepada PAS, KeADILan dan DAP untuk berhadapan dengan Barisan Nasional, maka jika Pakatan Rakyat hendak membentuk kerajaan baru di peringkat Pusat, ianya mestilah dengan dokongan semua pihak, semua kaum dan agama.
Hasil kepercayaan rakyat??? hua hua hua, siapa cakap dek???? sendiri masuk bakul, sendiri angkat ka???? nak muntah aku baca,, HASIL KEPERCAYAAN RAKYAT KONON.... ada dapat mandat ahli kah sebelum bergabung dulu? Tak ada pun, lepas PRU 12 baru pakat-pakat nak tubuh kerajaan campuran, sebab pembangkang bila campur lebih kerusinya. Akan tetapi harus diingat jika ikut hukum BN lebih kerusi dari Pas, BN lebih kerusi dari DAP, BN lebih kerusi dari PKR. Bila hangpa berpakat nak tubuh kerajaan campuran pun dok berebut pasai nak jawatan Menteri Besar. Pakat apa macam tu..hoi.Apa yang berlaku hanyalah permainan licik media. Tidak dinafikan memang wujud pergeseran kecil antara Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Ronnie Liu dan lain-lain.
Permainan licik media mana? Sudah tentu media perdana dan blog-blog Pro BN. Salah kah? Rasa aku tak salah sebab media Pas , Pkr dan Dap 200 kali lebih licik dalam propagandanya.
Wujud sedikit ketidak puasanhati pemimpin DAP negeri terhadap Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak dalam isu kandang babi, kouta perumahan untuk bumiputera dan pembahagian jawatan ketua-ketua kampung.
Wujud ketidak puasan hati PAS dan KeADILan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang, yang dikatakan tidak banyak memberi ruang kepada PAS dan KeADILan. Dari sudut dalaman parti, tidak dinafikan wujudnya beberapa pergeseran kecil antara individu pemimpin dalam PAS, KeADILan dan DAP.
"Pergeseran kecil, Yang Pas diambang kekalutan sekarang ini adalah hasil tangan-tangan jahat dari kumpulan erdogan atau lebih tepat agent-agent Anwar dalam Pas. Anwar berjaya meletakkan beberapa tokoh dalam Pas supaya lebih memihak kepadanya . Lihat hari ini Pas sudah berjaya di pesongkan minda oleh erdorgan Pas hingga berani menghina dan mencela Presiden sendiri...gila..apa etika yang dipegang oleh Pas...ni..."Akibatnya, ia mencetuskan kesilapan pemimpin dan ahli tertentu, yang nampaknya mudah terpengaruh dengan permainan licik media pro-Umno, iaitu secara terang-terangan mengkritik antara satu sama lain.
'Pakatan retak pun Umno yang disalahkan? Weh apa binatang punya otak ni??? sendiri punya taik tak mengaku kah? Hoi Muhd Rashidi Hasan,,,aku tak habaq kat hang...Kalau betui mainan media Pro Umno kenapa hangpa tak sanggah saja hujah..tetapi yang nyata apa yang dikatakan oleh media Pro Umno semuanya benar dan Pas atau Pkr gagal menafikannya."
Bagaimanapun semua ini hanyalah seumpama, 'kocakan sedikit air di dalam cawan sahaja'. Ianya tidak akan sama sekali menjejaskan keutuhan kepimpinan PAS, KeADILan mahupun DAP dan ia tidak sekali-kali menjejaskan kesepakatan Pakatan Rakyat.
"Takut kah??? bila sampai tahap nyawa-nyawa ikan pun masih pertahankan lagi kah. Aku kata krisis kepimpinan Pas hari ini bukan setakat kocakan dalam cawan sebiji saja., tetapi ke tiga-tiga cawan sudah berkocak dan berlaga sesama sendiri..."
Apa yang penting, seluruh kepimpinan PAS, KeADILan dan DAP sedar bahawa, masing-masing tidak harus terlalu 'bold' untuk menegakkan perjuangan 'sectarian'. Kepimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat seharusnya mencipta budaya exceptionalisme, dari sudut agama, nilai, tradisi dan moral-etika dengan menghormati perbezaan asas perjuangan parti yang berbeza.
"Wah, pandai pula nak bersikap exceptionalisme. Bila ia berlaku dalam BN tak boleh terima pulak....ha ha ha.....banyak lah hang punya songeh..."
Kepimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat harus disedarkan dan diikat dengan satu matlamat yang sama, iaitu berusaha mencapai hasil kesepakatan, membentuk Kerajaan Pusat dan Negeri, dengan menumbangkan Barisan Nasional.
"Sejak Pilihanraya pertama 1955 dah guna ayat ini. Pas sudah berusia 58 tahun tetapi masih gagal juga. Tak percaya..silat lihat hasil kajian Dr Hasbollah dalam Seminar Pas baru-baru ini. Ini menunjukkan rakyat sudah sedar akan pembohongan dan muslihat Pas yang bertopengkan agama Islam tetapi penuh kebusukan dan dengki khianat. Tak dapat kat depa semua tak betul, semua haram, dapat kat depa semua ok , semua baik , semua halal."
Justeru, sasaran utama Pakatan Rakyat ialah untuk menggantikan BN, sebagai peneraju negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
"Hoi Rashidi Hasan!!!! Yang dok ada pun nak runtuh dah....bila-bila jam boleh tumbang. Cakap besaq lagi tu....Ular lidi nak jadi naga (hua hua hua...)"
BN seharusnya ditolak secara total kerana pertama; ia telah berkuasa terlalu lama sehingga melakukan banyak tindakan yang merugikan negara,
" Siapa kata Bn berkuasa terlalu lama? Ini hujah yang bohong, Tahukah kamu paling lama BN memerintah ialah 4 atau 5 tahun, tetapi selalunya 4 tahun saja dan kerajaan dibubarkan. PRU baru dijalankan. Untuk memerintah negara untuk jangkamasa 4/5 tahun berikutnya, kuasa menentukan pemerintahan diserahkan kepada rakyat. So apa nak kata lagi. Rakyat terus memberi mandat kepada Bn untuk terus memerintah dan mengurus negara. ADA FAHAM KAH ???"
kedua; BN masih gagal mengawal kestabilan agama dan kaum,
"CEH HUJAH YANG DANGKAL, TAHU KAH KAMU BAHAWA YANG MEMBANGUNKAN SYIAR ISLAM DINEGARA INI ADALAH HASIL USAHA UMNO. HARAP PAS APA YANG ADA. NAK BANGUNKAN SEBUAH MASJID PUN TAK MAMPU. LIHAT KELANTAN , 19 TAHUN MEMERINTAH BAGAIMANA SISTEM RAWATAN AIRNYA DAN PERKHIDMATANNYA.MEMUASKAN????
BERJAYAKAH PAS MENYATUPADUKAN KAUM DINEGARA??? KERANA PAS TIDAK PERNAH MEMANDANG PENTING AKAN PERPADUAN KAUM INI TERBUKTI DALAM PRU. ADAKAH PAS MELETAKKAN CALON CINA ATAU TAMIL DALAM PILIHANRAYA? SO JANGAN BERCAKAP MENGENAI PERPADUAN KAUM LAH, ..."
ketiga; BN gagal menguruskan ekonomi negara
" HAH....LAWAK-LAWAK....SELANGOR YANG DITADBIR OLEH PAKATAN PUN NAK BANKRAP DAH, SAMPAI DUIT ZAKAT PUN NAK DISAPUNYA....PAS KEDAH NAK TEBANG HUTAN SIMPAN KEKAL. KENAPA? PAKATAN PERAK PUN SAMA. HUTAN SIMPAN KEKAL PAYA BAKAU DI KUALA SEPETANG PUN DITENDERKAN UNTUK DITEBANG. KONSESI BALAK 80 HEKTAR DI NAIK KEPADA 130 HEKTAR TU PASAI APA? DULU LISEN BALAK DI PERAK DIBERIKAN KEPADA BUMIPUTRA. BILA NGEH DAN NGA PEGANG NIZAR BAGI LESEN BALAK DAN KONSESI BALAK KEPADA ADIK BERADIK DAN PUPU PAPAT NGEH DAN NGA SAHAJA.... ITUKAH YANG DIKATAKAN MENGURUSKAN NEGARA DENGAN BAIK?"
dan keempat; pada waktu ini, hampir semua ahli gabungan utama BN sedang koyak rabak.
"INI HUJAH KELAS TONG SAMPAH....KELAS BANGKRAP MINDA... LIHATLAH SIAPA YANG TERJUN BANGUNAN. BN ADA 14 PARTI KOMPONAN... BERAPA YANG RABAK,,,TOLONG HABAQ SAT......."
Cuma Umno sahaja 'kelihatan' kukuh. Umno dilihat kukuh kerana pergeseran dalamannya cepat ditutup media, walaupun keadaannya seperti 'tongkang pecah'. Ini belum lagi dibahas dari sudut sama ada relevan atau tidak perjuangan agama, bangsa dan negara yang dipelopori Umno selama ini.
"TONGKANG PECAH???? HADI AWANG DAN ERDOGAN PAS TU MACAM MANA? JANGAN CUBA NAK ALIH PANDANGAN LAH......FOKUS KEPADA MASALAH KEPIMPINAN PAS SEKARANG...JAGA TEPI KAIN SENDIRI DULU SEBELUM JAGA TEPI KAIN ORANG"
Tetapi jika kita lihat sekarang, apa sudah jadi dengan parti-parti gabungan BN yang lain? Gerakan nampaknya sudah semakin pupus, yang tinggal hanya Tan Sri Koh Tsu Koon. MIC sudah disisihkan terus dengan Presidennya, Dato' Seri S Samy Vellu bergaduh dengan PM dan MIC hanya menunggu masa untuk melingkup.
"PUPUS???? BERAPA RIBU CINA DALAM MCA, DAN GERAKAN YANG JADI AHLI DAP? BERAPA RIBU AHLI MIC DAN LAIN-LAIN YANG JADI AHLI KELAB PENYOKONG PAS?? LIHAT DI BAGAN PINANG...KAUM INDIA SUDAH MUAK DENGAR DAKYAH PAS DAN MEMILIH UMNO ( walaupun mereka tak suka dengan Samy Vellu tetapi mereka tolak tepi soal Samy dan membantu TSIS ) SEBAGAI WAKIL RAKYAT."
MCA sebagai parti terbesar mewakili kaum Cina sekarang ini berada dalam keadaan yang amat teruk dan sudah hampir lumat dikerat 18. Presidennya, Dato' Seri Ong Tee Keat dan Timbalannya, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek ditolak oleh Mesyuarat Agung Khas MCA.
" Jangan banyak soal tentang MCA. Parti itu berani berubah, berani dalam soal pemilihan pucuk pimpinan, tidak seperti Pas, hanya untuk puak-puak tertentu sahaja yang boleh berjawatan tinggi, yang lain hanya pecacai saja."
Kedua-dua pemimpin yang bergaduh antara satu sama lain, kemudian ditolak oleh perwakilan, sebaliknya bergabung semula untuk berhadapan dengan satu kumpulan lain yang diketuai Naib Presiden MCA, Dato' Seri Liow Tiong Lai.
" ini menujukkan MCA lebih demokratik dari Dap yang hanya dikuasai oleh Lim anak beranak. siapa yang menentang Lim dipecat dan dibuang dari parti...Cuba lihat sejarah kepimpinan Dap..Bersih kah, Cantik kah...Lebih kuku besi berbanding dengan Mca.."
CUKUP TAKAT NI SAJA AKU JAWAB, KALAU AKU RAJIN ESOK AKU SAMBUNG......HUA HUA HUA, YANG BAWAH-BAWAH INI DAH MENGARUT DAH, GELONG BINGAI..
MCA sudah 'koyak' kata seorang pimpinan tertingginya sewaktu sembang-sembang dengan penulis di lobi Parlimen baru-baru ini. " PAS KOYAK RABAK DI MANIK URAI MACAM MANA,, INGAT SIKIT PRU 11 PAS HAMPIR BUNGKUS DI KELANTAN.?"
Namun yang harus diteliti adalah, gesaan Ahli Parlimen Seri Gading, Dato' Mohamad Aziz yang menggesa Tee Keat dan Tsu Koon supaya meletakkan jawatan kerana tidak perform. Tuduhan ini amat serius dan tidak harus dikesampingkan sahaja.
Bukan soal Mohamad Aziz, tetapi persoalan yang lebih besar ialah mengapa Kerajaan BN, SPRM, Umno mendiamkan sahaja dakwaan Pengerusi BBC BN, Dato' Seri Tiong King Sing yang memberikan wang tunai RM10 juta kepada Tee Keat.
"Tee Keat sendiri yang datang ambil, 10 juta (RM) berkotak-kotak, dia pandu kereta sendiri, Dato' Tiong tak bohong, figure yang dia bagi tepat," kata beberapa orang ahli parlimen BN semasa berborak sesama sendiri.
Ini belum lagi dibincangkan secara terperinci isu rasuah pemimpin Umno, dakwaan rasuah ke atas Samy Vellu dan lain-lain.
Isu-isu mengenai 'kejahatan' pemimpin-pemimpin BN, melakukan jenayah rasuah dan salah guna kuasa ini cuba dilindungi media massa pro mereka.
Akibat daripada penguasaan yang begitu lama, mereka tidak segan silu 'menyapu bersih' wang rakyat. Apa yang mereka lakukan amat dahsyat sekali.
Jika diteliti dan diperhalusi, 'kejahatan' mereka dan perpecahan yang melanda mereka, iaitu parti-parti komponen BN, jauh lebih dahsyat daripada pergeseran kecil dalam Pakatan Rakyat yang dipaparkan dalam artikel ini.
Malangnya ramai dari kalangan kita, sering terpengaruh dengan dakyah media jahat ini.
Justeru Umno-BN tidak kukuh sebenarnya, hanya media yang 'menambah-solek' dan menutupi kecacatan wajah mereka.
Pakatan Rakyat tidak berpecah sebenarnya, hanya media yang mengapi-apikan perpecahan.
Oleh itu jangan sesekali kita termasuk perangkap mereka dengan mempercayai dakyah bahawa Pakatan Rakyat merupakan pakatan yang rapuh.
Jika kita percaya dengan dakyah media, maka kita sendiri yang menghalang kemajuan dan tidak yakin keupayaan kita untuk menggantikan BN selepas PRU ke-13 nanti.